t>

Breaking News

Anugerahkan Isteri Sendiri Pingat Kebesaran, Taib Mahmud Jadi Sasaran Kritikan Di Laman Sosial.

Seorang bekas ketua menteri yang takde maruah. Kemudian di lantik sebagai TYT. Lepas tu sewenang2nya menggunakan kuasa yang ada padanya untuk anugerahkan itu ini pada bini sendiri. Sungguh pun aku tak la condong kepada gelaran2 tersebut tetapi memang tak logik kot suami anugerahkan isteri sendiri darjah kebesaran.

Apatah lagi bini si Taib tue bukan sapa-sapa pun pada rakyat Malaysia, khususnya orang Sarawak. Apa je jasa yang dia buat? Rosmah pun lagi berjasa dari dia. Kurang2 Rosmah menyibuk gak dalam urusan negara.

Hihi.

The Borneo Post melaporkan ;
Isteri Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Dato Sri Ragad Kurdi Taib mengetuai senarai 715 penerima Darjah Kebesaran Negeri sempena Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Ke-79, semalam.
Toh Puan Ragad menerima Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak pingat Datuk Patinggi Bintang Kenyalang yang membawa gelaran Datuk Patinggi.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menerima pingat Panglima Negara Bintang Sarawak (PNBS) yang membawa gelaran Dato Sri.
Sementara itu, Residen Bahagian Limbang Maria Hasman dan Pengarah Tenaga Kerja Sarawak August Buma menerima pingat Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu.
Bagi pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) membawa gelaran Dato pula menyaksikan sepuluh penerima iaitu Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar, Chong Kia Hoi, Hii Poh Bing, Zaidi Khaldin Zaini Abdul Latif, Gerawat Gala, Abdul Rahim Abdullah @ Gasah Lingkai, Lim Kim Siah, Henry Jinep, Chris Chung Soon Nam dan Temenggung Vincent Lau Lee Ming.
Sementara itu, Setiausaha Tetap (Undang-undang dan Kesejahteraan) dan Pengarah Biro Mencengah Rasuah Brunei, Dato Paduka Mohammad Juanda A.Rashid menerima pingat Panglima Setia Bintang Sarawak (Kehormat) yang membawa gelaran Dato.
Pingat Johan Bintang Sarawak (JBS) pula menyaksikan Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan Liwan Lagang antara tujuh penerima pingat itu.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri antara lima penerima pingat Johan Bintang Kenyalang (JBK).
Bagi Pingat Perkhidmatan Cemerlang (Emas) pula menyaksikan 12 penerima, pingat Pegawai Bintang Sarawak (28), pingat Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) 66 penerima, Pingat Perkhidmatan Bakti (Perak) (49 penerima), pingat Ahli Bintang Sarawak (210) dan pingat Ahli Bintang Kenyalang 52 penerima.
Pingat Perkhidmatan Terpuji (Gangsa) pula menyaksikan 97 penerima dan seramai 173 orang menerima pingat Bentara Bintang Sarawak.

Berita itu kemudiannya viral di laman sosial.


Namun rata-rata pengguna media sosial mengkritik tindakan tersebut. 

- Apa jasa wanita tersebut?

- Adakah wajar seorang TYT yang juga suami kepada Ragad Kurdi menganugerahkan darjah kebesaran kepada isteri sendiri?

Kalau sekecil2 hal ini pun Taib Mahmud takde rasa malu pada rakyat. Cuba fikir. Selama dia menjadi KM Sarawak, apa je yang dia tak berani buat? Itu baru KM. Belum lagi sebagai TYT. Dan Sarawakians masih lagi bersembang tentang keluar Malaysia? Korang nak keluarkan diri korang dari rejim zalim pun terhegeh2 nak keluar dari Malaysia pa dia.

Lebih tepat gini la situasinya. Sarawakians komplain kena tindas la itu la ini la blablabla. Tapi mereka kena ingat, yang tadbir mereka tue BN walaupun bukan under UMNO.

Dan BN la yang tindas mereka.

Sepatutnya cari jalan untuk tidak undi BN lagi.

Ini tidak, BN yang tindas mereka, nak keluar dari Malaysia pasal apa?

Kalau sekalipun hasil kekayaan Malaysia tak dibahagi sama rata dan seadilnya, itu masih lagi salah orang Sarawak yang mengundi BN pada setiap kali PRU. Tangan sendiri yang memangkah, tangan orang lain pula yang dipersalahkan, logik ke?

Bila menilai sendiri tindakan Taib yang secara terbuka anugerah itu ini pada bininya, maka terbuktila yang rakyat Sarawak berada di bawah tapak kaki Taib je. Korang semua sapa nak perlekehkan tindakan dia? Tu yang sembrono je anugerah darjah tinggi2 kat bini sendiri. Ini baru la betui2 membangsatkan rakyat. Satu hapa dia tak takut.

Hahahaha.