t>

Breaking News

Minta Maaf Rakyat Selangor Kata Khir Toyo - Kini Ke Penjara.


Dah merompak, menyusahkan orang Selangor lepas tue minta maaf? Setakat penjara setahun sembang huha huha macam kena seumur hidup baik tak payah la ko Khir Toyo oi. Sorry la. Aku takde simpati pada malaon macam neh. Sikit pun takde. Pejam celik pejam celik tau2 je setahun pun dah berlalu. Tak payah bajet kesian la Khir Toyo oi.

Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada seluruh rakyat Selangor susulan keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan atas kesalahan menggunakan kedudukannya memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam, lapan tahun lepas.

Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya.

"Ketika anda membaca catatan ini saya mungkin sudah ke penjara kerana saya jadualkan tulisan ini diterbitkan selepas hukuman dijatuhkan.

"Saya mohon maaf kepada seluruh keluarga, sahabat, rakan-rakan dan penyokong saya yang mungkin terpalit malu kerana kes ini.

"Saya juga berterima kasih kepada mereka yang masih memberi kata-kata semangat dan bersimpati dengan saya," katanya. -RN.