t>

Breaking News

Penyokong AMANAH, PKR Kena Sindir Dengan Prof Agus.

Kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ke atas Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din yang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) tidak sepatutnya disensasikan.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohamad Agus Yusoff kesal kerana dengan reaksi pengguna media sosial yang marah dan meluahkan rasa kurang senang berhubung lawatan Najib.
“Mengapa perlu marah? Bukahkah melawat orang sakit adalah fardhu kifayah dalam Islam?
“JIka pertemuan itu kita dakwa untuk kepentingan politik, maka apa salahnya? Janganlah kerana perbezaan politik, kita berputus saudara,” katanya menerusi Facebooknya.
Pada 17 September lalu, Mursyidul Am Pas itu dikejarkan ke IJN selepas mengalami kencing berdarah. -FMT