t>

Breaking News

Adik Firdaus Meninggal Dunia Kerana Serangan Sawan.


Remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang pernah menjadi kontroversi kerana kes pengabaian sebelum ini disahkan meninggal dunia pada tengahari tadi.
 

Laporan dari portal BH Online menyebut, Firdaus meninggal dunia selepas diserang penyakit sawan.

Difahamkan, Firdaus sebelum itu telah pengsan di Rumah Kebajikan Sinar Harapan sebelum ambulans sampai dan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Adik Firdaus sebelum ini menggemparkan masyarakat selepas ditemui terkurung oleh pihak imigresen seorang diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan kurus kering dan terbiar di Taman Semarak, Nilai, tahun lalu.

Dalam kes itu, ibu Muhammad Firdaus, Lolanopita Sadi, 41, telah dijatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban kerana mengabai dan meninggalkan anaknya tanpa pengawasan.

Muhammad Firdaus kemudian ditempatkan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah Seremban.