t>

Breaking News

Ini Senarai Kenaikan Penuh Kadar Baru Tol Bermula 15 Oktober 2015.


Mulai 15 Oktober 2015, tepat jam 12.01 tengah malam, pengguna jalanraya akan berhadapan dengan kenaikan tol secara serentak di beberapa lebuhraya utama negara.

Cadangan ini bukan baru kerana desas desus kenaikan tol bermula pada seawal tahun 2014 sebelum kerajaan menangguhkan cadangan tersebut rentetan dari rungutan orang ramai tentang kos sara hidup yang semakin membebankan disamping kerajaan turut menghadapi persepsi negatif masyarakat mengenai ke arah pra - pelaksanaan GST pada tahun tersebut.


Pada awal bulan Jun lepas, desas desus kenaikan tol semakin kencang dan turut dilaporkan oleh akhbar2 utama meskipun menteri melakukan penafian.



Dan akhirnya sepertimana yang kita saksikan, beberapa plaza tol sekitar negara bakal dinaikkan cajnya pada pertengahan oktober 2015, selepas kabinet memberikan kelulusan.


Dan ini adalah senarai lebuhraya yang akan menaikkan kadar tol semasa mereka bermula 15 oktober ini ;

1. Lebuhraya Kajang-Silk (SILK HIGHWAY) naik antara 40 sen dan RM2.40.

2.  Lebuhraya Maju (MEX) naik antara 20 sen dan RM3

3. Plaza Tol Gombak dan Bentong di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak naik antara
30 sen dan rm3.


4. Plaza Tol Ijok, Kuang Timur, Kuang Barat dan Taman Rimba Templer bagi lebuhraya LATAR naik di antara 70 sen dan RM5.

5. Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) naik di antara 30 sen dan ke RM1.

6. Terowong SMART juga akan dinaikkan di antara RM1 dan ke RM3

7. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) naik antara 70 sen hingga RM1.40

Berikut pula kadar tol baru untuk Lebuhraya bertingkat Ampang - Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Kemuning - Shah Alam (LKSA) & Lebuhraya PROLINTAS menurut kemaskini BH Online sebentar tadi ;

kadar baru tol bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas di AKLEH kini menjadi RM2.50,  kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM7.00, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50

Sementara bagi GCE, kadar seragam di tiga plaza tolnya iaitu Plaza Tol Bukit Jelutong, Plaza Tol Elmina dan Plaza Tol Lagong menjadi RM1.90 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas, RM3.80 bagi kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) dan RM5.70 bagi kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM10.50

Di LKSA pula kadar tol baharu bagi Plaza Tol Seri Muda untuk kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas menjadi RM1.70, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM3.40, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM5.10

Bagi Plaza Tol Alam Impian pula, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan tiga atau empat roda kecuali teksi dan bas naik kepada RM0.90, kenderaan yang mempunyai dua gandar dan lima atau enam roda (kecuali bas) RM1.80, kenderaan yang mempunyai tiga gandar atau lebih (kecuali bas) RM2.70.

Kadar kenaikan penuh berdasarkan jadual.