t>

Breaking News

Kanak2 5 Tahun YG Diculik Telah Selamat Ditemui.


Kanak2 5 tahun yang diculik berhampiran tadikanya pagi tadi si Sungai Chua, Kajang telah pun selamat dikembalikan ke pangkuan keluarga sebentar tadi. Kanak2 tersebut dihantar pulang oleh pemandu teksi yang dikenali dengan nama Encik Nizam.

Kes kehilangan kanak2 tersebut menjadi viral di media sosial dan massa selepas beberapa jam diculik. Video rakaman penculikan juga turut viral. Kanak2 tersebut diculik oleh dua lelaki yang dipercayai berbangsa melayu ketika bertanyakan arah jalan kepada ibu kanak2 tersebut sebelum kanak2 tersebut direntap dari tangan ibunya lalu dibawa lari menaiki kereta Proton berwarna hitam. 

Berita palsu yang kononnya kanak2 tersebut telah selamat ditemui pada tengahari tadi juga turut tersebar. Namun akhirnya kanak2 itu sememangnya telah selamat ditemui pada jam 5.25 petang tadi menurut laporan The Star.

Pemandu teksi yang menemui kanak2 tersebut menghantarnya pulang ke Taman Cahaya, tempat di mana keluarganya tinggal. Sejurus tiba di hadapan rumahnya, kanak2 tersebut memanggil keluar ibu bapanya. Ahli keluarga kanak2 tersebut mendapatkan kanak2 tersebut dan memeluknya dengan perasan hiba bercampur kegembiraan. Ahli keluarga kepada kanak2 tersebut turut memeluk pemandu teksi berkenaan kerana memulangkan anak mereka dalam keadaan selamat. -Soz.