Kroni UMNO Dapat Projek RM8.2b Untuk Bina Hospital Bernilai RM599 Juta Kata Rafizi.


Rafizi Ramli (PKR-Pandan) hari ini mendakwa kerajaan pada peringkat menganugerahkan seorang tokoh usahawan yang dikaitkan dengan Umno sebanyak RM8.2 bilion bagi pembinaan projek hospital yang hanya bernilai RM599 juta.

Rafizi memaklumkan Dewan Rakyat, bahawa 'hospital super' yang dicadangkan di kampus Universiti Teknolog Mara (UiTM) Puncak Alam, memetik laporan Malaysiakini.

"Adakah benar bahawa kerajaan akan menganugerahkan projek penswastaan hospital di UiTM Puncak Alam kepada syarikat ini?

"Perjanjian konsesi membabitkan pembinaan sebuah hospital yang berharga RM599 juta sahaja. Tetapi melalui perjanjian itu, kerajaan sebaliknya terpaksa membayar RM8.2 bilion," dakwanya.
Rafizi membuat dakwaan ketika membahaskan Bajet 2016 di Dewan Rakyat hari ini.


Pihak kami juga difahamkan bahawa sementara menunggu jawapan rasmi, portal Malaysiakini menyatakan tidak akan menyiarkan nama usahawan dan syarikat yang terbabit dalam projek berkenaan.

Syarikat itu juga, kata Rafizi, terbabit dalam penswastaan UiTM Shah Alam.

Ia juga dikatakan sedang disaman oleh seorang kontraktor berhubung projek di universiti itu.

Share this :

Previous
Next Post »