t>

Breaking News

Saya Sabar Menunggu Saman Najib - Ling Liong Sik

Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik mengakui beliau menunggu penuh sabar saman yang mahu difailkan Perdana Menteri terhadap dirinya.
Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menghantar notis meminta Liong Sik menarik balik atau meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap dirinya.
“Saya masih menunggu. Saya seorang penyabar. Tak Perlu kelam kabut, hanya perlu tunggu” katanya selepas menghadiri majlis penyampaian anugerah Kiwanis di Putrajaya, lapor The Star Online.
Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, beliau terkejut mengapa Perdana Menteri mengambil masa terlalu lama untuk mengambil tindakan itu.
“Saya juga terkejut mengapa mengambil masa lama tetapi saya akan terus bersabar,” katanya.
Liong Sik berkata, beliau akan terus mendesak Najib meletak jawatan dan sudah bersedia mempertahankan dirinya di mahkamah.
Peguam Najib, Datuk Hafarizam Harun dilaporkan berkata pada Selasa, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib bagi membincangkan saman terhadap Liong Sik. - FMT