t>

Breaking News

Tangkap Dan Dakwa Jamal - Ali Tinju Kepada PDRM.


Perselisihan dalaman di antara kumpulan Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju dan UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos semakin memuncak apabila Ali Tinju dalam satu kenyataan terbarunya kepada pihak media mengesa pihak polis agar menjalankan siasatan ke atas Jamal yang bertindak sewenang-wenangnya seolah-olah kebal dari tindakan undang-undang.
Dia berkata, polis patut bertindak lebih adil dengan menangkap dan mendakwa jika Jamal melakukan kesalahan serius seperti menganjurkan perhimpunan haram.
Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu berkata, Jamal seolah-olah kebal apabila masih meneruskan perhimpunan walaupun polis tidak memberi kebenaran.
“Saya harap Ketua Polis Negara kena berlaku adil , ambil tindakan tegas ..tak kira dia adalah ketua bahagian, dia adalah NGO , parti politik manapun jika melakukan kesalahan tangkap, dakwa,”.
Ali Tinju turut memperlekeh Jamal kerana mendakwa pemilik rangkaian Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu sering membuat perhimpunan cacamarba, seperti dalam laporan FMT.
Katanya, tindak tanduk yang dibuat oleh Pengerusi Gabungan NGO Melayu itu sering melawan arus dan memberi impak tidak baik kepada kepimpinan UMNO.
“Saya beranggapan Perdana Menteri tak setuju apa yang dibuat Jamal hari ini. Bukan setiap hari kita nak berdemo, rakyat dah bosan..
“Contohnya Jamal kata kerajaan Negeri Selangor cacamarba..lepas ni katakanlah orang kerajaan Negeri Selangor buat bantahan terhadap Kerajaan Pusat, akhirnya benda ini tidak ada titik noktah yang muktamad. Setiap hari, setiap masa ada perhimpunan , ada bantahan,” katanya.
Dia merujuk kepada perancangan Jamal untuk mengadakan himpunan di Kelana Jaya dan Subang.
Dalam pada itu, Ali Tinju turut mempersoal mengapa Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu tidak mengadakan himpunan di kawasannya.
“Sekejap dia nak buat kat Kajang, sekejap nak buat kat Ampang, sekejap nak buat kat Subang, mengapa dia tak nak buat kat tempat dia sendiri? Sepatutnya dia kena buat kat tempat dia sendiri sebab tempat dia pembangkang.
“Tempat itu (Sekinchan) adalah tempat DAP, mengapa dia buat kat tempat lain..Contohnya di Kajang ada orang kajang yang jaga. Kalau di Ampang, ada orang yang jaga,” jelasnya tambah laporan itu lagi.