t>

Breaking News

Bekas Ketua Pengarang TV3 Bongkar Pemusnahan Hutan Simpan Punca Banjir Lumpur - Apa Kata MB Pahang? [DGN Gambar]

Faktor semulajadi. Inila alasan yang dinyatakan oleh Adnan Yaakob yang juga menteri besar Pahang dalam mengulas insiden banjir lumpur di Lebuhraya Karak.

Adnan menyatakan ;

1. Tidak dinafikan wujudnya kegiatan pembalakan di kawasan berdekatan.

2. Tetapi telah dihentikan beberapa bulan sebelum kejadian.

3. Namun itu bukan penyebab kepada kejadian banjir lumpur.

Tak sampai 48 jam pun dah siap post mortem menteri kau berkaitan insiden. Sepatutnya buat siasatan terperinci. Untuk melakukan siasatan terperinci makan masa. Mana cukup 48 jam. Nampak sangat pembohongnya. Main sembur depan media untuk cover kepincangan. Atas alasan apa? Nak lindungi siapa? Itu hanya mereka2 yang berkuasa je tahu.

Hihi.

Dan berikut ialah gambar2 kejadian selepas berlakunya banjir lumpur Karak. Dikongsikan oleh bekas ketua pengarang TV3, Khaidir Ahmad di laman facebooknya. Dia turut mengatakan bahawa isu berkaitan pembalakan hutan simpan pernah dibongkar media sejak dari tahun 2013 lagi namun.. macam biasa. Penguatkuasa2 buat pekak badak ja..

Jangan kata nak menghukum siap kata sebab faktor semulajadi lagi tu.. nampak sangat dah.. 

Baca ;

INILAH AKIBATNYA APABILA ALAM MURKA DENGAN KERAKUSAN MANUSIA.... 

Foto kejadian banjir lumpur berhampiran kuarters kakitangan Jabatan Perhutanan di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang malam tadi.

Ia berpunca daripada kegiatan pembalakan rakus di kawasan perbukitan Hutan Simpan Lentang hingga ke Janda Baik dengan alasan untuk memberi laluan kepada grid talian voltan tinggi TNB ke Negeri Sembilan. 

Isu pembalakan hutan simpan ini sudah dibongkar ketika saya masih bertugas sebagai Ketua Pengarang Berita TV3 sejak awal 2013 lagi tetapi pihak berkuasa Kerajaan Negeri Pahang bukan sahaja hanya membisu, malah kawasan penggondolan hutan ini terus diperluaskan ke kawasan sekitarnya dalam skala lebih besar. 

Sesiapa sahaja yang melalui Lebuh Raya Karak dari toll Karak hingga ke Bukit Tinggi, boleh melihat kemusnahan hutan ini dengan jelas. Kawasan Hutan Simpan Lentang menjadi sasaran tangan rakus kerana sumber balaknya yang berusia ribuan tahun, dari spesis berkualiti tinggi seperti Merbau, Chengal, Seraya dan Meranti. Semoga bala kecil yang diturunkan Allah menerusi tragedi banjir lumpur ini akan membuka mata hati yang buta kepada kepentingan alam semujadi untuk kehidupan manusia dan makhluk Allah yang lain.