t>

Breaking News

Jamil Khir Buat Laporan Polis Ke Atas NOW.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan membuat laporan polis berhubung dakwaan beliau terlibat dengan penyalahgunaan wang Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) pada Ahad.
Menurut sumber, laporan polis juga akan dibuat oleh Pengarah Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW) , Akmal Nasir berhubung isu sama di Balai Polis Dang Wangi hari ini.
Bagaimanapun, tidak diketahui masa kedua-dua laporan itu akan dibuat lapor Free Malaysia Today sebentar tadi.
Pada Jumaat lepas, Akmal menerusi sidang media mendakwa, wang anak yatim sebanyak RM410,978.56 telah digunakan untuk membiayai perbelanjaan menteri berkenaan ketika mengadakan lawatan ke Amerika Syarikat dengan sebahagian daripada jadual adalah membeli-belah bersama isterinya dan bermain golf. 
Namun pada semalam, Akmal mendedahkan butiran perbelanjaan wang anak yatim untuk membiayai perbelanjaan menteri berkenaan adalah RM590,000.00, jauh lebih tinggi daripada apa yang didedahkan sebelumnya dan mendesak Jamil Khir menjawab dakwaan yang dilemparkan.
Bagaimanapun, Jamil Khir telah membuat penafian sebelumnya dengan menyifatkan ia sebagai satu kenyataan jahat berupa fitnah dan menyimpang daripada fakkta sebenar dan meminta NOW meminta maaf secara terbuka atau berdepan dengan tindakan saman. - SozCyilli.