Kaki Kanak-Kanak Lelaki Tersepit Di Eskalator Di Pasaraya Terkemuka Kuala Lumpur [Dengan Gambar].


Kaki seorang kanak-kanak lelaki terperangkap di eskalator di sebuah pasaraya terkemuka di ibu kota kira-kira jam 7.35 petang tadi. Mangsa kanak-kanak itu dipercayai warganegara Timur Tengah memetik sumber Berita Harian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba da Penyelamat Azizan Ismail berkata pihaknya mendapat panggilan kecemasan berkenaan kejadian kira-kira jam 7.39 petang hari ini.

"
Satu pasukan yang terdiri dari 11 anggota balai bomba Keramat dan KLCC dihantar ke tempat kejadian", katanya
 

Operasi mengeluarkan kaki kanak-kanak itu masih lagi dijalankan dan kanak-kanak itu dipercayai berusia antara 5 hingga 7 tahun ketika berita ini masih dilaporkan. 

Insiden malang itu juga turut dilaporkan secara meluas melalui laman sosial media. Rata-rata pengunjung ke pasaraya terkemuka itu menjadi cemas dengan detik malang tersebut. Gambar-gambar insiden juga viral dan menjadi perkongsian ramai netizens.








Share this :

Previous
Next Post »