t>

Breaking News

Selepas Ugut Nak Rempuh Tol Bentong Di FB, Pemandu Lori Ini Akhirnya Betul-Betul Rempuh Plaza Tol Kerana Hilang Sabar!


3 hari bertahan.
Tanpa bantuan makanan dan minuman.
Ketidakselesaan.
Bayangkan 3 hari 3 malam diabaikan.
Rungsing, rasa tak selesa akhirnya memaksa salah seorang dari pemandu2 lori yang terkandas dek banjir lumpur Karak merempuh Plaza Tol Bentong.

Sebelum pemandu lori berkenaan dilaporkan melanggar plaza tol, seorang facebooker yang menggunakan nama 'Jejaka Malaya', telah mengupdate status FBnya dengan meminta pertolongan umum agar viralkan permasalahan yang dihadapi oleh diri mereka yang terkandas di situ.

Dengan gambar2 sebagai rujukan, status berkenaan viral dan mendapat perhatian masyarakat namun entah macam mana, pada jam 2 petang lebih kurang, salah seorang pemandu lori yang terkandas akhirnya betul-betul merempuh plaza tol selepas hilang sabar akibat terkandas dan diabaikan.

Walaubagaimanapun tindakan tersebut akhirnya menyebabkan dia kini berada dalam siasatan polis kerana melanggar tugas penjawat awam.

Pemandu lori berusia 35 tahun ditahan polis, hari ini selepas merempuh palang Plaza Tol Bentong dan menceroboh laluan Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini yang masih ditutup untuk semua kenderaan kerana banjir lumpur, Rabu lalu.

Pada kejadian kira-kira 2.15 petang, suspek yang berasal dari Banting, Selangor dipercayai bertindak demikian kerana tidak sabar selepas sudah dua hari terkandas di plaza tol berkenaan lapor Harian Metro.

Ketua Polis Bentong Superintendan, Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, sebelum kejadian, suspek bersama lebih 20 pemandu lori lain yang ada sudah dua hari terkandas selepas kejadian banjir lumpur di lebuh raya berkenaan.

Beliau berkata, suspek yang memandu lori berseorangan kemudian bertindak memecut kenderaan dan melanggar palang Plaza Tol Bentong menghala ke Kuala Lumpur.

"Bagaimanapun, tindakan lelaki itu memakan diri apabila dia ditahan tidak jauh dari Kilometer 52.4 oleh anggota polis kira-kira 10 minit kemudian," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Beliau berkata, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam tambah laporan itu lagi.