t>

Breaking News

YAPEIM Hilang 3 Ribu Penderma Susulan Pendedahan NOW - Apa Jadi Pada Pegawai YG Dedah Maklumat?


Memetik laporan oleh TMI ;

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) akan memberi penjelasan kepada hampir 3,000 penyumbang dana Amal Jariah (Skim Potongan Gaji) yang menarik diri daripada menyumbang kepada yayasan berkenaan.
Ketua Pengarah/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata pihaknya yakin perkara itu hanya bersifat sementara dan mereka akan kembali menyumbang kepada yayasan berkenaan selepas dakwaan mengenai penyelewengan dana dibuktikan tidak benar.

Dalam laporan yang sama turut menyatakan ;

Mengulas lanjut, Abibullah berkata Yapeim kini mempunyai 5,000 penyumbang dana di bawah dana Amal Jariah yang menyumbang minimum RM1 hingga maksimum RM500 setiap bulan.
Dalam pada itu, Abibullah berkata pihaknya juga sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat berhubung pengurusan kewangannya, namun turut menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk siasatan secara menyeluruh.
Beliau turut mengakui ada pegawai yayasan berkenaan dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memberi keterangan, namun enggan mengulas lanjut mengenai perkara berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

 ---------

Ikut laporan berita di atas ;

1. YAPEIM sekurang-kurangnya ada 8,000 ribu penderma tetap bulanan.

2. 3,000 dah menarik diri dari menderma secara bulanan susulan pendedahan NOW.

3. Kira dasat la juga.

4. Pendedahan tak sampai sebulan pun. Tapi dah 3,000 orang menarik diri.

5. Jika semua pakat-pakat tarik diri maka melingkupla yayasan derma yang ditadbir YAPEIM.

6. Sebab itula YAPEIM tak boleh biarkan perkara tu berlaku. 

7. Mereka akan adakan penjelasan demi penjelasan menggunakan media untuk menyakinkan penderma kembali.

8. Salah seorang pegawai YAPEIM juga dipanggil oleh SPRM.

9. Bahkan ada yang disiasat.

10. Kononnya atas isu pendedahan laporan kewangan YAPEIM.

11. Nampaknya kes neh semakin seriyus dan berkait rapat dengan pendedahan NOW.

12. Cuba fikir jika = YAPEIM ada masalah kewangan = kenapa berboros berbelanja ke luar negara?

13. Dan kenapa masih boleh membayar gaji beberapa orang kakitangan dengan begitu tinggi?

14. Jika diperhatikan dari segi momentum rakyat, mereka menarik diri bukan kerana punca dari pendedahan Akmal semata-mata.

15. Bahkan mereka juga tak faham kenapa gaji pegawai2 tertinggi YAPEIM dibayar mahal-mahal dan apa keperluan untuk mereka yang bergaji kecil ini perlu menderma kepada YAYASAN yang KAYA RAYA (kononnya)?

16. Itu salah satu faktor yang mempengaruhi. Dan tak nampak pula ada penafian tentang itu dari YAPEIM.

17. Dan macam biasa, akhirnya yang membongkar, yang mendedah akan dikenakan tindakan undang-undang.

Nampak gayanya tak lama lagi kita akan melihat beberapa individu dalaman YAPEIM samada minta maaf, diberhentikan kerja atau perang habis-habisan dengan menyertai pembangkang..

Macam-macam boleh berlaku berdasarkan kepada tekanan emosi dan fizikal yang akan / sedang mereka alami kini...