Lagi Penipuan Kedai HP : Pakcik Ini Ditipu Oleh Kedai TRUE TITANS - Mesti Baca & Sebar.


Geram pula aku baca kisah yang terjadi pada pakcik neh. Kedai-kedai yang jual handphone, tablet apa bagai neh memang kerap menipu. Sudah la kerap menipu, pelanggan pula semacam buntu tatau nak mengadu pada siapa.


Baca sat ;


LAGI KISAH KOTA RAYA, 16/12/2015..

Datang sendiri menceritakn nasib beliau.

Kehadiran pakcik ini melihat2 accessories telefon yg dipamerkan di kedai kami menjadi tanda tanya. Bile ditanya cari apa, dia diamkan diri sahaja tanpa bercakap sepatah pon. Senyum pun tidak, angguk pon tidak, geleng pon tidak. Lama jugak gelagatnye di perhatikan kami. Sampai gambarnya kami boleh tangkap depan2 tanpa disedari.

Termenung sahaja melihat accessories telefon yg dipamerkan..

"Kenapa pakcik?."

Sedih melihat raut wajahnya. Lama jgk cuba2 pujuk, akhirnya beliau berjaya menceritakan apa yg tersirat disebalik kesedihan beliau td.

"Pakcik tak tau la nak cakap mcm mana. Benda ni berlaku sangat pantas".

Rupa2nya pakcik ini ada memegang 1 beg kertas OPPO. Lalu di tunjukkan isi dalam beg tersebut.

Pakcik ni menceritakan 1 per 1 kejadian yg berlaku. Dia ke Kota Raya kerana ingin menghadiahkan pada isterinya telefon.

Mula2, dia melihat harga yg dipamerkan dikedai tersebut RM800. Dia pon bertanyakan lebih lanjut mengenai telefon tersebut. Sales person tersebut pon menerangkan dgn lebih lanjut.. Pakcik ini pon terus mengatakan minat beliau. Lantas sales person ini pon terus meminta duit RM1000 terlebih dahulu sebagai bukti yg pakcik ini betul2 minat.

Tanpa berpikir panjang, pakcik yg berusia lingkungan 55tahun ini terus menghulurkan wang yg diminta.

Penjual td meminta pakcik ini menunggu utk beliau ambil stok di tempat simpanan.

Selang beberapa minit, penjual tadi datang membawa telefon yg pakcik td minat.

Pakcik tadi jadi keliru. Td dia tunjuk model lain, yg dibawa model lain. Pakcik tadi menyatakan pada penjual tersebut bahawa minat beliau bukan pada model yg baru dibawa ini. Minat beliau pada model R7plus.

Penjual tadi terus ambil model R7plus dan menyiapkn bil2.

" Semua sekali RM3100.00". Kata penjual td.

Terkejut pakcik ni apabila hp yg disangkakan pada mulanya RM800, tiba2 menjadi RM3100.

Disebabkn rasa bersalah kerana semua bil telah siap, takut dimarahi oleh penjual tersebut dan rasa takut sekiranya duit RM1000 beliau hangus, beliau akur shj dgn jumlah yg dinyatakan. Habis kesemua duit yg beliau bawa beliau serahkn.

Beliau kekurangan RM300. Beliau berjanji akan melangsaikan baki RM300 itu apabila beliau perolehi duit kelak.

Beliau pulang dengan rase sesal dan xtau mana silap beliau.


Persoalannya :-

- Harga telefon RM2098 adalah benar.

Tetapi mana datangnya charge fee RM700?. Benarkan android system, antivirus, software boleh mencecah RM700?.

Siapa boleh membantu pakcik ini. Sila tampilkan diri anda.

Sama2 kite share cerita ini utk membantu pakcik ini.


Rentetan dari penyebaran kisah di atas menerusi facebook, netizens mula membongkar beberapa perkara peribadi yang melibatkan jurujual berkenaan.


Antaranya ada menyebarkan wajah individu yang dipercayai menjadi penjual di kedai berkenaan ;

Bahkan ada pengguna yang turut berkongsikan pengalaman yang lebih serupa, iaitu pernah ditipu oleh kedai yang sama.

Lihat ;


Untuk pengetahuan korang, posting ini disebarkan oleh Repair Handphone. Dia minta bantuan orang ramai jika boleh menolong masalah yang dihadapi oleh pakcik berkenaan. Aku tengok ada yang bagi cadangan mengadu kat KPDNKK. Cadangan yang aku rasa kelakar. KPDNKK tak boleh pakai kot. Setakat report untuk buat record rujukan boleh la. Better kau mengadu kat PPIM. Sebab kalau kau baca kisah ini, kau tengok at least PPIM boleh ambil tindakan segera. Bukan macam KPDNKK. Tunggu berzaman apa pun tak hel.

Share this :

Previous
Next Post »