t>

Breaking News

Utusan Dikritik Kerana Mencuri Gambar Milik Jurufoto.


Utusan dan kalah saman berpisah tiada. Itu semua orang sudah tahu bahkan menjadi pengetahuan umum masyarakat Malaysia. Kali ini Utusan dimalukan sekali lagi tetapi bukan kerana insiden menfitnah dan kalah saman sebaliknya kerana dikaitkan dengan insiden mencuri gambar milik orang lain.

Seorang jurufoto, yang dikenali dengan nama FB 'Azmin Mohammad' tampil menyatakan di laman sosialnya bahawa Utusan telah bertindak mencuri gambar hasil karyanya dan memadamkan watermark apabila menyiarkan semula di akhbar versi cetakan mereka.

Kenyataan Azmin seperti yang dipetik menerusi FBnya ;


 


Hai Utusan Malaysia Utusan Online 

Saya tahulah saya ni ikan kecil. Tapi hasil kerja saya adalah hakmilik saya dan client saya, bukan mana-mana orang lain. Dari awak gigihhh nak photoshop buang watermark saya, kan senang mintak je direct dengan saya. Tak baik tau MENCURI. Orang tua2 kata..

'Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap BOHONG, lama2 MENCURI'..

Sekian,

Ikan Kecil

 

Di ruangan komen juga, bagi menjawab persoalan seseorang, Azmin turut mengesahkan yang dia telah bertanyakan kepada pihak Diana Danielle bahawanya artis berkenaan sama sekali tidak pernah mengedarkan gambar tersebut kepada mana-mana wakil Utusan untuk disiarkan dalam akhbar tersebut.


Posting berkenaan disiarkan sejak semalam dan dikongsikan oleh 100 pengguna maya yang lain. 

 
Malahan, Azmin dipercayai akan mengambil sesuatu tindakan apabila tiada respon yang diterima dari wakil Utusan meskipun isu tersebut telah dilaporkan melalui ruangan mesej dan Utusan sendiri ditag secara peribadi oleh jurufoto tersebut.

Ini kenyataan jurufoto tersebut ;


 


Sememangnya tak kita nafikan, di laman sosial neh memang ramai yang suka padam watermark dan mencuri hasil kerja orang lain. Ada yang sengaja copy-paste penulisan orang lain bulat-bulat tanpa kredit dan meletakkan dirinya sebagai penulis. Ada yang suka padam watermark pada gambar2 tertentu.. sampai satu tahap, tuan punya penulisan pula disuapkan dengan penulisan sendiri dan diminta share oleh pengguna media sosial.. 

Ha Ha Ha


Tak diketahui tujuan mereka-mereka yang gemar berbuat demikian.. tetapi wartawan-wartawan palsu neh, tindakan mereka boleh diterima lagi, sebab tak belajar tentang etika kewartawanan..

Tapi kalau yang dah pro, mahir dan belajar tinggi-tinggi ada sijil apa semua macam staff-staff Utusan pun boleh dikritik oleh jurufoto kerana mengikut perangai buruk wartawan-wartawan palsu neh.. apa nak dikatakan lagi?

Lue fikirlah sendiri ek..

Ha Ha Ha..