t>

Breaking News

Ini Jawapan Samy Vellu Kenapa Dia Tak Patut Dipecat Dari Pentadbiran Najib.


Di sebalik gesaan supaya jawatannya dihapuskan, Duta Khas Infrastruktur Malaysia ke India dan Asia Selatan Datuk Seri S Samy Vellu berkata, tugasnya adalah "membawa masuk wang untuk negara."
Katanya, Malaysia memiliki lebih banyak pengalaman dalam sektor pembinaan dan beliau sendiri bertugas sebagai Menteri Kerja Raya selama 28 tahun.
"Dan kini kita tahu tentang dunia, dan mereka mahu kita bantu mereka (membina infrastruktur) dan mereka membayarnya.
"Anda tak mahu itu? Kita memiliki ratusan kontraktor di sini yang tiada kerja!" katanya di sidang media di Batu Caves, Selangor hari ini.
Bekas Presiden MIC itu ditanya mengenai kenyataan Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali pada minggu lalu yang meminta Putrajaya menghapuskan jawatan bertaraf menteri seperti wakil khas dan penasihat kerajaan.
Pada sidang media 20 Januari lalu Ibrahim berkata, jika kerajaan mahu menjimatkan perbelanjaan kedudukan lantikan itu perlu ditamatkan terlebih dulu.
Ibrahim kemudian menyebut nama Samy Vellu sebagai salah satu contohnya. - Mkini.
-------------------------
Pendapat aku.
1. Jangan sembang kencang sahaja Samy Vellu.
2. Buktikan peranan kau berjaya menghasilkan keuntungan kepada negara.
3. Bagi la bukti atau data yang kita boleh rujuk.
4. Sembang berapi tak laku pun kat sini.
5. Tengok pada usia kau bukan takat patut bersara aje kot.
Hihi.