t>

Breaking News

Jika Perompak Gunakan Pisau Kecil, Tuan Rumah Tak Boleh Lawan Guna Pisau Besar - Kata Peguam, Isu #SelamatkanZulkifli.

Kata Faisal Hamdi ;

Ini semua gara-gara menonton penjelasan peguam Datuk Haaziq Pillay dalam rancangan Malaysia Hari Ini - MHI dalam satu segmen yang bertajuk 'Mempertahankan Diri Dari Ancaman di Malaysia'.

Peguam tersebut menyatakan dalam kita mempertahankan diri ;

Menurut Datuk Haaziq, Undang-undang memperuntukkan setiap rakyat mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka dan harta mereka daripada ancaman dari pihak tidak bertanggungjawab. Tetapi ada beberapa sekatan-sekatan yang perlu diambil kira.

"Contohnya, kalau undang-undang menyatakan sekiranya kita nak menggunakan hak ini sebagai satu pembelaan, seseorang memasuki rumah saya dengan tujuan merompak (ada peruntukan di bawah Kanun Keseksaan), sekiranya orang yang datang itu hanya membawa satu pisau yang kecil tetapi saya mempunyai pistol, ia tidak memadai.

"Dalam undang-undang menyatakan, saya mesti dalam ketakutan dan ada ancaman bahaya terhadap saya dan keluarga. Di mana dalam keadaan itu, saya boleh mengambil tindakan untuk memastikan pencuri atau perompak tersebut dibunuh tetapi untuk mempertahankan nyawa saya dan anak isteri saya.

"Kalau dia hanya masuk, saya pula ada pistol boleh melepaskan tembakan untuk memberikan amaran. Sekiranya dia masuk untuk membunuh, saya boleh tembak. Tetapi saya tak boleh buka pintu saja dan terus menembak. Tidak, undang-undang tidak membenarkan," katanya. - Sumber The Hype Media

Patutlah Faisal Hamdi menyindir penjelasan peguam tersebut. Kalau aku pun, aku akan berfikir perkara yang sama seperti difikirkan oleh Faisal Hamdi. Nak tahu kenapa?

1. Macam mana kita nak berkesempatan pilih-pilih senjata ketika sedang dirompak? Ketika saat kritikal seperti itu, logik akal kita akan mencapai apa yang boleh dicapai. Takan pula kita sempat nak meneliti senjata yang dia bawa. Oppp oppp relax jap perompak. Tengok ko bawa pisau apa tu.. ukur sat.. owhhh oke-oke aku nak p dapur jap cari pisau kecik sikit dari pisau kau neh ye.. adakah kita nak berbuat demikian?

2. Tambahan pula, kalau senjata kita lebih menakutkan dari senjata perompak, kebarangkalian perompak akan rasa gerun dan keluar dari rumah kita adalah sangat tinggi.. dari hajat nak merompak, terus cabut lari.

3. Jika guna senjata yang lebih kurang bahaya dari senjata perompak, apa logiknya? Kelakar betul la point peguam tersebut.

4. Satu lagi, ada ke tuan rumah nak buka pintu dan jemput perompak masuk untuk terus tembak?

5. Macam neh ka point seorang peguam? Haiyooo.. lemah hujah-hujah kamu Datuk, lemah.

6. Dah namanya perompak, sudah tentu dia memasuki rumah kita dalam keadaan kita sendiri tak izinkan..

7. Samada dalam rumah atau di luar kawasan perkarangan rumah, ia adalah hak tuan rumah untuk melindungi dirinya dan ahli keluarga.

8. Kalau dia orang baik, takdenya masuk kawasan rumah orang dan mencuri.

9. Banyak kes orang awam mati dek perompak, peragut..

10. Siapa pula nak membela mangsa-mangsa sedemikian?

11. Orang awam yang dipertahankan diri pula jadi isu besar pada badan perundangan negara sehingga dibahaskan dalam segmen TV atas alasan nak memberikan pencerahan kepada masyarakat agar jangan suka-suka mengkritik undang2 sedangkan hakikatnya undang2 negara neh memang layak dikritik bahkan diketawakan juga.. pirahhhhhh.. nak suruh orang pandang tinggi dan hormat pada undang2 konon sedangkan dalam waktu yang sama adakah undang2 yang digubal di negara ini mengambil peduli sentimen masyarakat dan peka kepada keperluan kepada situasi semasa?

Respect is something to be earned la. Not something given. It's not something that you can impose or begging. For those who deserve it, we give it. For those who demand it, we spit it. Soo simple kan penilaian masyarakat. So selagi mana badan perundangan beria-ria meraih penghormatan dengan cara pemaksaan, jawapan dari masyarakat ialah BOLEH BLAH.

Kbai.