t>

Breaking News

Menteri U-turn, Nafi Biasiswa JPA Dibekukan - Fathul Bari Tampil Bela Kerajaan Dalam Isu Biasiswa JPA.


Semalam kata lain, hari neh kata lain.

Lepas kena balon kaw-kaw, tetiba media yang melapor dipersalahkan.

Standard. Standard. Media aje yang bersalah segala.

Memetik laporan TMI ;

Datuk Dr Wee Ka Siong menafikan beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menggantung biasiswa kerajaan dan perkara itu sedang dikaji jabatan itu. 

Mengulas bantahan orang ramai terhadap berita itu, beliau menulis di laman Facebook, kegemparan timbul di kalangan ibu bapa dan pelajar disebabkan laporan tidak tepat sebuah portal yang mengambil berita daripada akhbar berbahasa Cina. 


"Isu penggantungan (bantuan kewangan) JPA yang dikatakan itu dilaporkan beberapa hari lalu dalam media, memetik kebimbangan ibu bapa dan pelajar mengenainya. 

"Saya tidak mengumumkan penggantungan itu, atau mengesahkannya. 

"Bagi mendapatkan penjelasan mengenai isu itu, saya membawanya ke mesyuarat Kabinet minggu ini (20 Januari, 2016) dan jika perlu, mencari penyelesaian kepada perkara ini, terutamanya daripada JPA. 

"Bertindak balas kepada perkara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak segera mengarahkan ketua setiausaha negara dan JPA mengkaji dan mengemukakan laporan kepada Kabinet minggu depan," kata menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.

Dalam pada itu Awani melaporkan UFB membuat kenyataan bahawa ;

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata, perbincangan itu sebaliknya adalah penilaian semula kelayakan penerima biasiswa dari beberapa perspektif yang ditentukan.

"Satu hal yg mengejutkan rakyat Malaysia apabila tersebar desas desus bahawa kerajaan akan memansuhkan biasiswa pelajar akibat dari kegawatan ekonomi.

"Saya telah menghubungi beberapa pegawai Kementerian Pelajaran Tinggi dan pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Sebenarnya yang dibincangkan oleh kerajaan bukanlah pemotongan bajet biasiswa pelajar sebaliknya adalah penilaian semula kelayakan penerima biasiswa dari beberapa perspektif supaya dapat dioptimiskan penyalurannya kepada kumpulan sasar yang lebih tepat.

"Salah satu sudut yang diteliti adalah tentang pelajar-pelajar yang menerima biasiswa namun tidak menamatkan pengajiannya sama ada kerana gagal, malas atau selainnya. Setakat ini saya difahamkan tiada mekanisme yang jelas untuk menyelia situasi trsebut. Jadi, sudah tentu pembiayaan yg dikeluarkan sia-sia sahaja," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.

Owhhh bantuan bersasar ye?

Kalau macam tu elokla juga UFB cadangkan kepada Najib dan barisan kabinetnya agar memotong mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu dalam kerajaan. Contoh terdekat, buang penasihat2 kerajaan yang tak guna. Macam penasihat dan duta khas 9 ekor tu. Apa peranan mereka? Sampai sekarang aku masih tak faham-faham untuk apa rakyat bayar dorang gaji tiap-tiap bulan tapi apa bidang kerja dorang pun kami semua masih tak jelas.. aiyooo.. bab neh taknak pula ustaz kita menegur dan membetulkan kerajaan ye?

Fikir-fikirkanla..