t>

Breaking News

Bawa Laju, Menteri Kebal Dari Saman Jika Menggunakan Kenderaan Rasmi.


Semua kereta rasmi milik kerajaan tidak akan disaman sekiranya mereka memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan, memetik laporan dari portal Malaysiakini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, ini kerana kebanyakkan kereta yang dinaiki oleh menteri adalah atas urusan rasmi kerajaan.

"Ia adalah sesuatu yang berbeza sekiranya saman had laju dikenakan terhadap kereta milik peribadi."
"Kereta kerajaan, jika kita dalam urusan rasmi, kita terpaksa bawa laju kita maklum pada polis."

"Contohnya saya terlambat dari satu acara untuk ke acara lain, kemudian saya perlu memandu laju dan ditangkap. Kami akan jelaskan pada polis yang kami dari acara itu ke acara itu."

"Kalau kereta rasmi, kami akan jelaskan pada polis. Kereta rasmi kerajaan digunakan untuk urusan kerajaan. Takkan digunakan untuk urusan kerajaan kita kena bayar saman juga.

"Kalau kereta sendiri, pemandu saya memandu kereta peribadi saya, saya akan bayar (jika disaman)," 
katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan saman terhadap kenderaan rasmi menteri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat.