Isu 2.6b Kini Tidak Lagi Boleh Dibahaskan Di Parlimen - Azalina Othman.

 
Isu derma RM2.6 bilion melibatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak boleh lagi dibahas di Parlimen, kata Datuk Seri Azalina Othman Said
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, mengikut Peraturan 23 (1), sebarang isu yang sedang berjalan di mahkamah tidak boleh dibahaskan di Parlimen.
 
“Kerajaan sentiasa komited untuk memberikan jawapan mengenai sebarang isu yang melibatkan akauntabiliti termasuk dalam isu RM2.6 bilion dan SRC International.

“Kerajaan tidak boleh lagi menjawab soalan berkaitan isu tersebut di Parlimen disebabkan ia tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 23 (1) (g) yang menyatakan ‘sesuatu pertanyaan tidak boleh dikarangkan cakapnya sekira-kira harus menggelengcungkan perkara yang sedang dibicarakan oleh Mahkamah dan tidak boleh ditanya berkenaan dengan apa-apa perkara dalam pertimbangan mahkamah (sub judice)
 
“Hal ini kerana terdapat satu tindakan saman pemula yang difailkan di Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) oleh Majlis Peguam Malaysia terhadap Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 14 Mac 2016,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.
 
Badan Peguam memfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Presidennya, Steven Thiru berkata, dalam permohonan itu, Majlis Peguam mahu agar keputusan Apandi Ali yang ‘membersihkan’ Najib daripada sebarang pertuduhan pada 26 Januari lalu diketepikan. -FMT.

Share this :

Previous
Next Post »