t>

Breaking News

Sultan Johor Mahu Bawa Pesawat Baru Ke Mekah, Bantu YG Kurang Bernasib Baik Tunaikan Haji.


Pesawat ’emas’ Boeing 737 milik Sultan Johor selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai kira-kira pukul 1:30 tengah hari, Isnin selepas terbang dari Amerika Syarikat.

Pesawat berwarna emas dan biru itu turut mempunyai lambang negeri di bahagian ekor dan bendera di bahagian badan.

Menurut Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskanda, baginda berhasrat untuk menerbangkan sendiri pesawat tersebut.

“Saya akan mengikuti latihan simulator di Brisbane sebelum saya terbangkannya.

“Saya ingin menjelajah dunia seperti nenek moyang saya yang pernah mengembara dengan kapal,” kata baginda kepada The Star.

Menurut Sultan Ibrahim lagi, pesawat terbarunya yang boleh menampung antara 25 hingga 30 orang akan digunakan untuk mempromosikan Johor.

“Saya masih belum merancang perjalanan saya tetapi mungkin boleh terbang ke Pulau Pinang untuk menikmati nasi kandar.” ujar baginda ketika ditanya mengenai penerbangan sulung pesawat tersebut.

Baginda juga berharap untuk membawa mereka yang kurang bernasib baik ke Mekah bagi mengerjakan haji menaiki pesawat itu.

Pesawat yang dilengkapi dengan ruang makan, bilik tidur dan ruang mandi itu mengambil masa dua tahun untuk disiapkan termasuk 18 bulan bagi kerja pengubahsuaian dalaman.