t>

Breaking News

Bilik Simpan Kertas Siasatan Lama Di IPD Kuala Terengganu Terbakar.


Sebuah bilik Rakan Cegah Jenayah yang menempatkan kertas siasatan lama di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu terbakar malam tadi.

Insiden pada jam 10.15 malam Isnin itu memaksa polis memindahkan seramai 58 orang kena tuduh (OKT) termasuk tiga wanita ke Balai Polis Gong Badak.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Idris Abd Rafar berkata bilik yang terbakar terletak berhampiran lokap dan stor simpanan senjata.


“Setakat ini, saya sahkan tiada kertas siasatan yang terbakar dalam kejadian pada malam ini. Syukur alhamdulillah tiada kemalangan jiwa, stor senjata kita yang terletak berhampiran bilik yang terbakar juga selamat.

"OKT kita pun selamat cuma seorang OKT perempuan kita dibawa ke hospital kerana sesak nafas mungkin disebabkan asap," kata Idris.

Sementara itu, Komanden Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Izwan Hashim memaklumkan anggotanya berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh 10 minit.

Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.19 malam.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan LAPOR AWANI.