CJWOW SHOP Penipu, Jual Kuali Yang Melekat Kata Pakcik Ini.

Dua ribu dan lebih perkongsian dari netizens ketika ini. Betul ke WOW shop menipu pengguna menerusi iklan-iklan mereka di TV9?

Ini apa yang hangat tersebar ;


Kuali tak melekat, goreng tanpa minyak.. tengok apa dah jadi bohong betul kata pakcik berkenaan yang dikenali dengan nama Paksu Haji Saad.

Dalam ruangan komen pula ada yang mengatakan ;


Bahkan ada yang berkata ;


Disebabkan posting berkenaan viral maka ada la beberapa individu yang membeli alatan yang sama berkongsikan pendapat mereka. Ada yang beri pendapat negatif tapi ada juga yang positif mengenai kualiti set kuali tersebut dan menasihati pakcik berkenaan agar berhati2 sebelum menyebarkan sesuatu. 

Sebenarnya apa yang sepatutnya pakcik ini buat ialah minta refund. Tak dinafikan kekadang dalam 1000 product mesti ada 5,6 biji yang defect. Lebih menyakitkan ahti kalau yang defect tu dapat kat kita. 

Jadi langkah terbaik minta refund atau tukar.

Bukannya nak kata la. Sepanjang guna kuali non stick neh lebih2 lagi kalau yang jenis mahal (sedara punya) bila dia sebut non stick memang betul2 non stick. Berbaloi la dengan harga yang dibeli. Cuma bab calar, warna tanggal tu mungkin berbeza product berbeza kualiti. Tapi bab tak melekat dan senang cuci selalunya betul seperti yang diiklankan. Aku pun ada satu set yang dorang sebut kuali ajaib / pemangang ajaib. Yang tu betul-betul tak melekat. 50 je kot. Sedara beli di Langkawi. Guna masak pulut pun tak melekat. Guna masak puding pun tak melekat. Telur dan puding jangan kau cakap. Confirm tak melekat punya. Cuma kena gak letak minyak walaupun sedikit/setitis dua. 

Apa-apa pun kita tunggu respon CJ WOW SHOP. Betul ka mereka menipu ataupun pakcik tersebut dapat barang yang reject? Saksikanlah kesudahan drama online neh dalam beberapa hari lagi..

HIHIHIHi..

Share this :

Previous
Next Post »