t>

Breaking News

Kalau Pandai Sangat Buka Syarikat Sendiri Kata Ravi Kpd Kakitangan Rayani Air YG Tuntut Tunggakan Gaji.


“Kalau pandai sangat, bukalah syarikat penerbangan sendiri,” kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Rayani Air, Ravi Alagendrran kepada kakitangannya yang mendakwa mampu mencari pelabur untuk mengambil alih syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara.
Kakitangan syarikat itu dilaporkan mengkritik Ravi kerana dikatakan tidak berpengalaman dalam menguruskan syarikat penerbangan yang menjadi punca masalah sehingga syarikat digantung operasi selama tiga bulan.
Memetik laporan The Star, Ravi berkata beliau akan membayar gaji pekerja untuk bulan Mac seperti yang dituntut lebih 400 kakitangan syarikat, tidak lama lagi.
Katanya, beliau telah mendapat pelabur yang berminat untuk membeli 51 peratus sahamnya dalam Rayani Air dan kini dalam proses rundingan.
“Saya akan bayar mereka. Jika anda melihat mereka (kakitangan) adakah anda fikir mereka membawa pelabur? Mereka seperti kanak-kanak terlalu mengikut emosi,” katanya, lapor akhbar itu lagi.
Ravi berkata, beliau merancang untuk memberhentikan separuh kakitangan dalam usaha memulihkan syarikat itu.
“Saya akan membuang mereka-mereka ini,” katanya yang dipercayai merujuk kepada kumpulan pekerja yang membuat sidang media semalam yang diketuai Pengurus Stesen Rayani Air di KLIA2, Zulkalnain Azdan.
Ravi dlaporkan berkata, Zulkalnain mulanya diambil bekerja sebagai pencuci kapal terbang tetapi beliau ‘dipaksa’ oleh kakitangan supaya melantik Zulkalnain sebagai Pengurus Stesen.
Semalam, Zulkalnain dan 35 kakitangan Rayani Air membuat sidang media dan mendedahkan kepincangan dalam syarikat termasuk kegagalan Ravi membayar gaji bulan Mac berjumlah RM1.5 juta kepada lebih 400 pekerja.
Mereka juga mendesak Ravi menjual saham supaya syarikat itu diuruskan pemilik baharu yang lebih berpengalaman. - FMT.