Kementerian Kewangan Diketepikan Dalam Pentadbiran 1MDB Kata KSU - Tak Takut Kena Simen Ke?


Kewangan Kementerian (MOF) langsung tidak tahu mengenai operasi anak syarikatnya 1MDB, demikian didedahkan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

Menurut Hansard pendengaran PAC mengenai 1MDB pada 19 Mei 2015, Irwan dan Datuk Seri Mohamad Isa Hussein dari Kementerian Kewangan Inc (MKD) berkata. 1MDB tidak dirujuk kepada kementerian atau MKD mengenai operasi atau hal ehwal korporat mereka.

"Langsung operasinya (1MDB) kita tak tahu. Kita tak tahu. Semua kita baca dalam surat khabar," Irwan memberitahu PAC.

Malah, tidak ada pegawai kementerian berkenaan dalam 1MDB.

Mohamad Isa berkata, Memorandum dan Artikel Persatuan (M & A) 1MDB melarang pegawai kerajaan daripada menganggotai lembaga pengarahnya.

Tiada penjelasan diberikan apabila PAC bertanya mengapa M & A itu tidak diubah walaupun MKD mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.

Sebaliknya, Mohamad Isa membawa perhatian kepada Perkara 117 M & A itu yang menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri dikehendaki bagi sebarang perubahan kepada M & A.

Perkara 117 juga menyatakan bahawa kelulusan perdana menteri diperlukan bagi pelantikan dan penyingkiran pengarah.

Apabila ditekan mengenai kementerian itu yang kelihatan kurang kawalan ke atas 1MDB, Irwan berkata mereka diketepikan. -Mkini.

Share this :

Previous
Next Post »