Helikopter Bawa VVIP Hilang Di Sarawak, Terputus Hubungan.


Sebuah helikopter yang dilaporkan membawa beberapa orang kenamaan telah hilang di Sarawak, dan operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.
Menurut Harian Metro, tidak ada hubungan dengan helikopter tersebut selama tiga jam.
Helikopter itu dalam perjalanan ke Kuching setelah berlepas dari Betong.
Jabatan Penerbangan Awam mengesahkan operasi mencari operasi menyelamat telah dilancarkan, menurut Bernama.
Manakala polis di Kuching juga dijadual mengadakan sidang akhbar mengenai kejadian itu tidak lama lagi.
Pada masa ini, identiti mereka yang menaiki helikopter itu tidak dapat disahkan  lapor Malaysiakini.

Share this :

Previous
Next Post »