t>

Breaking News

Menteri Bina Muzium Kereta Di Atas Lebuhraya Untuk Didik Rakyat Tentang Undang-Undang.

"Rakyat Malaysia buta undang-undang. Mereka tak pergi sekolah, tak baca suratkhabar bahkan ramai di kalangan mereka membaca pun tidak tahu" kata menteri dalam satu majlis perasmian Muzium Kereta Terbakar disini pada siang tadi.

Disebabkan itu bagi membantu rakyat Malaysia menjadi lebih peka dan faham tentang keselamatan undang-undang jalanraya selain dari mengenakan saman mahal-mahal, menambahkan bilangan kamera perangkap laju, kerap melakukan operasi, satu muzium khusus untuk mendidik rakyat Malaysia tentang itu telah didirikan di lebuhraya berdekatan Bukit Jalil bagi membantu rakyat yang masih kurang jelas tentang isu keselamatan dapat memahaminya dengan lebih baik selepas melawat muzium berkenaan.

Muzium tersebut turut berjaya mencipta nama Malaysia di dunia disebabkan menjadi muzium pertama dan satu-satunya yang membuat pameran di atas jalanraya yang sibuk.

Berikut gambar-gambar perasmian muzium tersebut.




Meskipun dah dibuka sejak 3 bulan yang lepas ;

 

Orang ramai hanya dibenarkan melawat bermula hari ini.


Respon-respon positif di laman sosial. Semoga muzium tersebut akan kekal disitu till jannah dan berhasil mendidik lebih ramai lagi rakyat Malaysia tentang isu keselamatan. Kita ucapkan syabas kepada agensi2 berkaitan yang sangat cekap dan laju buat kerja bila ia membabitkan soal keselamatan rakyat awam. Mana la nak dapat kerajaan prihatin macam neh. Satu-satunya di dunia kot.

HA HA HA!