t>

Breaking News

Adakah kami Anak Derhaka Kerana Pertahankan Adik Dari Dirogol Bapa Soal Pesalah Juvana Ini..


Syed Azmi, saya ada satu cerita. Beberapa tahun lepas. Saya dan beberapa orang kawan dijemput ke Penjara Kajang untuk membuat program motivasi dengan anak2 juvana.

Ini kisah benar yang diceritakan anak juvana kepada saya. Kami masuk sahaja dalam majlis tersebut (surau penjara kajang) tempat para tahanan juvana dikumpulkan. Kami berjalan dan duduk dihadapan mereka yang ramai2.

Ini kali pertama kami masuk ke tempat seumpama ini. Sape yang pernah masuk akan tahu situasi di sana.. penjara kan? Pintu besi dan kunci yang besar mengerunkan. Melalui cekpoint2 pemeriksanaan. Budak2 semua botak, baju penjara dan seluar pendek. Semua duduk tunduk seolah2 duduk bertinggung. 

Di hadapan saya ada 2 orang kembar yang mukanya bersih , suci dan menenangkan. Salah seorang membuka mulut dan bertanya saya, adakah kami ni anak derhaka? Saya tergamam, tidak dapat memberi jawapan. Kami teruskan program. Ajar mereka bersangka baik dengan Tuhan dan teruskan semangat untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang. Berselawat dan beberapa aktiviti berkumpulan dengan mereka sehingga selesai. 

Selepas abis program, kembar tersebut datang lagi dan bertanya, adakah kami ni anak derhaka? Saya brsuara, bertanya, "kenapa dik? Apa yang brlaku?" "Kami adalah pelajar madrasah Tahfiz. (Patutlah muka nampak bersih suci). Ayah kami peminum arak. Apabila dia mabuk waktu malam, ayah akan datang merogol kakak kami. Cuma pada suatu mlm kejadian, ayah mabuk lagi. ayah nak rogol adik perempuan kami. Kami tidak sanggup lagi, kami pertahankan adik kami. Ketika pergelutan itu, kami xtahan sangat, geram, kami amik pisau dan cucuk perut ayah kami. Ayah kami pengsan masuk hospital. Dan kami dmasukkan ke penjara. Kami tidak tahu lepas ayah keluar hospital apa yang akan berlaku kepada adik beradik perempuan kami. Adakah kami ini anak derhaka? (Sekali lagi mereka bertanya) 

Saya masih diam tiada jawapan.. saya hanya mampu tunduk.. Pernah adik2 bertanya kepada mana2 ustaz soalan ini? Pernah. Apa mereka jawab? "Kami anak derhaka." Sentap saya dengar jawapan ust2 tersebut pada anak2 yang tak bersalah ni. How dare u judge this people like this?! (Dlm hati, saya tidak puas hati jawapan2 ust2 tu. Ia menyakitkan hati saya sampai sekarang. It hurt me alot) Kami hanya mampu nasihatkan mereka bersabar. Itu sahaja yang mampu kami ajarkan. 

Saya tidak tahu samada mereka sudah keluar penjara atau belum, sekiranya belum , we all with u.. Kalu sudah keluar penjara, hilangkan lah peristiwa hitam yg lama dalam hatimu duhai adik. Tiada lah sengaja Tuhan takdirkan begitu kpd mu, melainkan pasti ada hikmah yg baik buat mu.

Sumber.