t>

Breaking News

Pergaduhan PAS - PAN Macam Budak-Budak Kritik Penulis Indie.


Oleh : Benz Ali.
Ya, ada isu besar yang cuba dimainkan oleh Rafizi, tentang bergundi-gundi beg berisi sesuatu yang mencurigakan yang dibawa Rosmah ke dalam private jet, serta janji-janji manis/sweet talk (baca: rasuah) pilihanraya Zahid Hamidi, yang didedahkan Asmuwi Ani. tetapi polit(a)ik Malaysia masih kebudak-budakan.
PAN sebagai parti baru juga tidak terkecuali. sebagai parti baru yang kecil, serta tidak mempunyai modal (baca: duit lah brader) yang banyak, mereka tidak nampak bijak jika bermain dalam permainan PAS, tentang nama, baik ejekan terhadap Presiden mereka, atau tentang nama parti mereka, tentang warna parti mereka yang mirip dengan warna tradisi Buddha, ini sebenarnya sangat membuang masa.
apa yang pengundi dapat terhadap permainan mengejek nama ini? ini seperti budak-budak sekolah, yang asal bergaduh mesti ejek nama bapak. seolah-olah mereka yang bergaduh antara PAS - PAN ini tidak sempat bermain permainan ‘name calling’ ini semasa berada di bangku sekolah. betapa kesian zaman persekolahan mereka itu.
PAN harus memikirkan, jika kali ini mereka gagal -seperti di Sarawak- mereka akan kehilangan dua penaja kuat mereka, iaitu DAP dan PKR. janganlah bohong bahawa PAN tidak ditaja oleh DAP dan PKR. dalam politaik, taja menaja ini sebenarnya adalah perkara biasa. ini adalah simbiosis. ini adalah proksi. tak pelik dalam Muktamar PAS -bukan yang baru2 ini- DAP bersuara keras @ melobi calon-calon pilihannya. kerana dalam politaik, kita mesti membina sekutu yang teman tapi mesra dengan kita.
ini sesuatu yang perlu kerana menguntungkan. jika pimpinan PAS mempunyai dasar yang keras terhadap DAP -seperti yang telah dibuktikan selepas Muktamar tersebut- maka DAP akan mempunyai masalah untuk masuk ke kawasan-kawasan majoriti Melayu-Islam. Shah Alam boleh ler.
DAP dan PKR mempunyai kepentingan terhadap PAN. kerana itu mereka bersekutu dengan PAN. jika PAN tidak ada apa-apa faedah kepada mereka, lebih baik mereka bersekutu dengan PSM atau mana-mana anarkis, atau baik mereka sendiri yang terjun bertanding menentang UMNO-PAS, dengan meletakkan wakil Melayu Islam mereka sendiri. atas faktor kepentingan itu jugalah MB Selangor, Azmin Ali masih berhubungan dengan PAS.
kerana ini memberi faedah kepada beliau. memutuskan hubungan bermakna meramaikan musuh yang tak perlu dan tak baik untuk jangka panjang politaiknya. walaupun hubungan ini agak kompleks dan memeningkan kepala Ahmad Maslan.
PAN harus memikirkan hal-hal yang lebih besar, seperti penajaan dan modal/kapital. ideologi (jika ada) Islamism yang baru, yang ditulis dalam berbuku-buku mereka, tak cukup untuk menampung beban sebagai parti baru. ideologi ni sembang dekat KUBU boleh ler. jika sekadar nak menulis buku, tulislah dengan Duboor, atau eloklah mereka menjadi pemikir bebas seperti Ideas (ye ke bebas?) atau ahli akademik universiti -tanpa dinafikan, penulis tabik spring kepada cendiakawan-sarjana yang menulis di dalam PAN. ideologi ni ibarat ruh, tetapi apa guna ruh tanpa badan? itu adalah polong, yeah! tanpa mempunyai modal dan tajaan kawan-kawan, parti baru seperti PAN akan bungkus, tutup kedai dan tak boleh pergi jauh. tinggal mereka yang menjadi serpihan tadi akan menyerpih dan masuk ke dalam DAP atau PKR membentuk biro-biro tertentu. persoalan ini lebih elok difikirkan.
PAN harus memikirkan tentang nasib parti-parti serpihan yang keluar dari PAS. semuanya melingkup dalam lipatan sejarah. Haji Mat Sabu, lebih berjiwa besar sebenarnya, dibandingkan dengan apa yang beliau pernah hamunkan terhadap lawan-lawan politiknya, ejekan nama Mat Sabun masih terlalu biasa. tak perlu penyokong-penyokong PAN yang mendakwa mereka sebagai generasi politikal Islam kedua melenting. ini terlalu childish. sementara tentang nama PAN, penulis agak kurang faham mengapa faktor nama PAN itu yang terlalu diambik pot? kenapa perlu menyambut smash tersebut?
sedangkan PAN bukanlah mempunyai konotasi yang keji dan jijik pun. nama PAN bukan macam PEKIDA. bunyi PEKIDA macam Pengkid Daa. atau Pekin Da. hi hi hi. gurau je. ada sebuah filem Peter Pan dengan PAN yang diboldkan. watak fiksyen kartun Peter Pan, kumpulan muzik Peter Pan (Indonesia), bahkan gerakan Islam patut tak pelik dengan perkataan PAN, kerana tradisi gerakan Islam, asal-usulnya bermula dengan idea Pan-Islamism, yang dibawa tiga serangkai, Afghani, Abduh dan Redha.
manakala PAN yang dianjingkan oleh PAS (PAS ni kerja menganjing jer bulan puasa ni, hmm) bukanlah bermaksud Pan-Islamism tersebut, tetapi masih, di manakah salahnya?
kenapa begitu cepat hati tisu? kau ingat kau sultan ke hah nak hati-hati tisu ni? PAN masih boleh dikategorikan sebagai akronim kepada Parti Amanah Negara, sebagaimana DAP, Democratic Action Party. adakah DAP mahu digelar, DEMOCRATIC? atau ACTION? ternyata pemimpin, aktivis, Facebook Warrior, begitu bodo menghabiskan banyak masanya terhadap isu yang mengada-ngada seperti isu ini.
Haji Hadi pula cuba meniru Tok Guru Nik Aziz, yang popular dengan penyataan, “undi PAS masuk syurga”. Haji Hadi memberi amaran, seperti biasa, dilaporkan MalayMailOnline, pada 13hb Jun dengan headline, “Salah Pilih Calon, Pengundi Juga Berdosa”. pilihanraya bukan semata-mata pesta untuk anak tempatan menjual t-shirt dan air buah, bukan sahaja untuk Zahid Hamidi berjanji manismu, malahan seperti biasa adalah pesta untuk parti agama seperti PAS melelong dosa-pahala dan syurga neraka. siapa yang tikam kena, dapat. siapa yang tikam tak kena, mendapatlah dosa. seolah-olahnya begitu! adalah lebih lawak jika PAN menghentam pendekatan PAS yang gemar dengan pendekatan sebegitu. seperti lucu mereka menghentam calon Harumanis PAS (sampai sekarang, penulis pun belum benar-benar faham apa maksud Harumanis, melainkan yang penulis tahu, Harumanis yang dimaksudkan dalam konflik PAS - PAN adalah cenderung kepada PAN) Dr. Rani.
sedangkan Dr. Rani adalah antara professional Islami yang diangkat oleh kedua-dua blok, baik dari blok Haji Hadi, juga blok PAN yang suatu masa dahulu berada dalam PAS. Dr. Rani tidak ada apa-apa masalah. dia adalah seorang petugas/amilin yang membuat kerjanya. tetapi politaik bisa mentaikkan sesiapa sahaja, waima seorang yang baik sekalipun. maka lawaklah jika PAN baru hari ni nak menghentam idea ‘dosa - pahala’, ‘syurga - neraka’ yang diusung oleh PAS, sedangkan semasa Tok Guru Nik Aziz membawa idea itu, tak pernah pula diusik idea itu. tapi better late than never, ye tak? dalam video berdurasi 1.54 minit (6 Jun), siaran KiniTv, kita boleh melihat bagaimana standard ahli politik kita seperti Haji Hadi yang berkempen, di bawah adalah transkripsi ucapan beliau, ‘pilihanraya ini adalah satu amanah, satu kewajipan, untuk memilih siapa yang menjadi wakil rakyat untuk pergi ke Parlimen, kalau pilih calon UMNO, yang baik dia sokong, yang tak baik pun dia sokong, semua dia sokong. kalau pilih calon PAS, yang baik kita sokong, yang tak baik kita lawan. kalau pilih calon PAN, yang DAP punya, yang baik pun dia lawan, yang tak pun dia lawan, dia lawan semua. itu beza, mesti kita faham.
ini tiga perkara yang kita kena faham betul-betul. ini makna pilihanraya. saya harap supaya pengundi-pengundi kaum Tionghua jangan takut untuk memilih Bulan. simbol kita, Bulan. senang saja. orang Cina pakai kuih Bulan, simbol kita Bulan. kalau isteri kita mengandung, berapa Bulan? bukan berapa kilo? hah, berapa Bulan.
Bulan adalah kehidupan kita, ukuran kita, simbol kita. pilih Bulan. Bulan-bulan yang pernah purnama. Bulan tak boleh dipusing-pusing macam itu. kalau Dacing, dia terbalik. kalau PAN yang tiga segi, pusing pun terbalik. tapi Bulan pusing pun tak terbalik...,’ yang lebih maharaja lawak adalah, juga dilaporkan oleh MalayMailOnline, pengundi berasa keliru dengan logo. hah? ape ni? penulis pun akhirnya menjadi terbengong-bengong sendiri. berapa banyak sangat parti politik di Malaysia yang bertanding hoi? 1000? 100? 10? keliru wak lu!