t>

Breaking News

Ayam Sakit Kerongkong Punca Naik Harga - Pandai Pula Ayam Sakit Beramai2 Pada Musim Perayaan.




Ayam sakit kerongkong > ayam mati disebabkan penyakit > bekalan ayam berkurangan > permintaan tinggi > penawaran menurun > harga naik bagi memenuhi permintaan.
Itulah ringkasannya. Senang betul alasan yang dorang bagi kan. Untuk menghalalkan kenaikan harga ayam secara mendadak pada musim perayaan + cuti sekolah.
Cuba fikir. Kenaikan harga ayam bermula khamis, iaitu pada hari kedua, hari yang mana permintaan ayam akan naik melambung-lambung disebabkan musim perayaan.
Bermula selasa, rabu permintaan ayam mentah memang tinggi disebabkan sambutan perayaan.
Dan-dan aje menjelang raya, ayam-ayam ternakan dilanda wabak IB secara beramai-ramai diseluruh negara.
Logik ke korang rasa?
Logik ke?
Hihi.
Baca laporan KOSMO! kat bawah neh dan nilaikan sendiri kebenarannya ;
Wabak penyakit infectious bronchitis atau bronkitis berjangkit (IB) yang menyebabkan beribu-ribu ayam di ladang ternakan mati didakwa menjadi punca harga ayam di pasar-pasar di seluruh negara naik mendadak sejak Khamis lalu apabila dijual sehingga RM10 sekilogram.
Ia merupakan kenaikan sehingga RM2.10 sekilogram berbanding RM7.90 sekilogram yang ditetapkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di bawah Skim Kawalan Harga Runcit Barangan Terkawal Musim Perayaan 2016 yang berakhir pada hari raya pertama.
Pengerusi Penternak Ayam Selangor, Datuk Ishak Mat Arif berkata, penyakit IB menyebabkan kerongkong ayam menjadi berkahak dan mengakibatkan ternakan sukar bernafas seterusnya mati. - Kosmo Online.