t>

Breaking News

MAZA Tegur Malaysiakini Yang Cuba Mengaitkan Zakir Naik Dengan Keganasan.


Percubaan Malaysiakini untuk mengaitkan pendakwah Islam DZN dengan keganasan amat jelek dan tidak berasas. Lebih buruk lagi cuba untuk mengaitkan pemimpin Kerajaan Malaysia yang menghormati kedatangan DZN pada April lepas seakan melayan pengganas. Ada perkara yang saya secara peribadi setuju dan juga TIDAK setuju dengan pendekatan DZN. Namun untuk mengaitkan beliau sebagai pendakwah yang menggalakkan keganasan sangat TIDAK benar.

Saya mendengar banyak ceramah beliau, saya tidak dapati hal yang seperti itu. Saya pelik mengapakah Malaysiakini begitu memusuhi para pendakwah seperti DZN tanpa alasan yang kukuh. Saya kurang hairan jika HINDRAF ataupun ASWAJA tidak setuju dengan DZN kerana mereka memang demikian cara mereka.

Saya rasa perasaan terpendam Malaysiakini ialah kebencian dan rasa permusuhan yang mendalam terhadap Islam itu sendiri. JIKA BENAR Malaysiakini itu mewakili hati jiwa pihak yang ingin menukar kerajaan yang sedia ada, saya rela berdiri teguh memastikan kerajaan yang ada terus berkuasa.

Itu lebih baik daripada suatu keadaan yang lebih buruk yang akan berlaku. Lebih baik kekal dalam keadaan yang ada daripada bertukar kepada suasana permusuhan agama, kebencian yang dibakar atas permusuhan terhadap satu agama, khususnya Islam.

Saya akan berdiri tegap mempertahankan apa yang ada daripada mengubah kepada sesuatu yang saya rasa bersedia memusuhi agama saya tanpa sebab.

Ustaz Asri Zainal Abidin @ MAZA