Transcript Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut" (PART 1, 2 & 3)


Transcript.

Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut" (PART 1)

Ucapan Pembukaan:

YB Liang:
Terima kasih tuan moderator. Sebelum saya memulakan perbahasan saya, saya ingin menarik perhatian YB Lim Hock Seng dan persetujuan YB kerana YB adalah exco yang dipertanggungjawapkan dalam projek ini.

Jadi saya memang menganggap jawapan yang diberikan malam ini adalah jawapan muktamat dan tidak mengharapkan ada jawapan seperti tidak jelas, tidak tahu ataupun nak tanya bos.
Jadi tanpa melengah-lengahkan masa, tuan moderator, saya menjurus tajuk projek pada malam ini.

Projek ini telah mencetuskan banyak keraguan rakyat Pulau Pinang, termasuk ngo-ngo, seperti Chant, seperti C4, seperti CAP dan sebagainya.
Mahupun ADUN PKR dari Pulau Pinang sendiri telah membangkitkan isu ini dalam Dewan Undangan Negeri pada bulan lepas dan laporan PAC pula telah ditangguhkan sebanyak 2 term sampai hari ini pun masih tidak dapat answer.

Banyak soalan sama ada tidak dapat dijawap ataupun bertukar-tukar, flip-flop, seperti bila ditanya sama ada fisibiliti study untuk terowong sudah siap ke belum, mula-mula kita dengar CEO syarikat kata berhenti, lepas itu Ketua Menteri dengan CEO sama-sama kata tidak berhenti dengan alasan bahawa sedang berpuasa.

Selepas itu YB Lim pula kata, memang confirm berhenti, tetapi pada keesokan hari, Ketua Menteri pula kata, dengar Ketua Menteri kalau ada percanggahan, Akhirnya bila YB Lim ditanya lagi, YB Lim kata, kalau YB cakap begitu, maka itu sajalah.

Lagi satu contoh yang mengelirukan rakyat, iaitu tol di terowong. Selama 3 tahun, selama 3 tahun bila ditanya, mengapa membenarkan tol diletakkan di terowong, jawapan Ketua Menteri ialah kerana tidak mahu sabotaj Jambatan Kedua.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, Ketua Menteri tiba-tiba mengatakan bahawa mereka hendak menghentikan, menggantikan terowong dengan Jambatan Ketiga dan peguh sekira kerajaan pusat meluluskannya.

Adakah ini bermaksud, Ketua Menteri sendiri pula mahu sabotaj Jambatan Kedua? Ketua Menteri sering kali menuduh kerajaan pusat tidak pernah memberikan belahan untuk membina Jambatan Ketiga dan saya rasa itu menjadi sebab Kerajaan Pulau Pinang terpaksa membina terowong yang lebih mahal dan menggunakan tol selama 30 tahun.

Ketua Menteri lepas itu dimalukan oleh Menteri Kerjaraya yang kemudiannya disanggap bahawa memang tidak ada permohonan pernah dilakukan.

Ketua Menteri selepas itu bagi alasan yang sangat mengecewakan bahawa mereka tidak pernha memohon kerana tidak berani memohon.

Tuan-tuan puan-puan, oleh kerana tidak berani memohon, Kerajaan Pulau Pinang sudi dan sanggup membazirkan 2 billion ringgit wang rakyat yang lebih untuk membina terowong berbanding dengan jambatan yang sanggup dan lagi memgunakan tol selama 30 tahun. Ini jawapan yang langsung tidak bertanggung jawap.

Dulu tak berani, kenapa sekarang pun tak berani?

Kalau kita tidak menekan, kita tidak mengemukakan soalan-soalan, adakah Ketua Menteri menerima penggantian terowong dengan jambatan dan jimatkan kos sebanyak 2 bilion ringgit? Ataupun ini semata-mata sandiwara wayang mahu mengalihkan focus.
Seterusnya kita pula lihat, Yang Berhormat ditanya tentang harga tanah di Gurney Drive. Beliau tiga kali, tiga kali menegaskan harga tanah adalah sebanyak 457 ringgit kaki persegi. Tetapi bila ditunjukkan bukti perjanjian antara CZBUCG dengan Gurney Berhad di mana 60 ekar daripada 110 ekar itu dijual di dalam 3 transaksi. Penjualan pada bulan Jun 2015, Disember 2015, dan Januari 2016 dengan harga setinggi 1300 ringgit kaki persegi berjumlah 3.1 billion ringgit.

Dan yang hebat sekali tuan-tuan dan puan-puan, upacara tandatangan yang terakhir lagi disaksi oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri.
YB Lim cuma menjawap ini adalah urusan syarikat swasta dan lepas itu tidak menjelaskan.

Akhir sekali, YB Menteri mengakui bahawa harga pasaran, harga tanah di Gurney Drive adalah 1300 ringgit kaki persegi. Tetapi beliau kata ini merupakan harga future value, ataupun harga masa depan.

Jadi satu jawapan yang memang tidak masuk akal, tanah itu adalah tanah kerajaan, tanah kerajaan Pulau Pinang dan dalam masa sekelip mata telah dijual oleh syarikat dengan harga yang jauh tinggi berbanding dengan apa yang 3 kali diulangi oleh YB ketua Menteri.

Jadi jawapan future value tidak masuk akal, perjanjian jual beli tanah di tandatangani pada bulan Februari seterus sebarang pembinaan dimulakan. Apa sebenarnya maksud future value? Nanti kita dengar apa jawapan.

Saya ingin menyifatkan Kerajaan Pulau Pinang ini sebenarnya sebuah kerajaan yang tidak mengutamakan kepentingan rakyat, tetapi mengutamakan kepentingan pemaju dan kontraktor. Kerana kita lihat 3 lebuhraya dan 1 terowong yang dicadangkan oleh kerajaan, kita lihat apakah justifikasi yang dinamakan?

Apakah perlu sangat projek ini dilakukan? Saya tidak nampak kenapa projek tersebut harus dijalankan pada masa sekarang, saya tidak nampak ianya amat kritikal, sangat berdesak?
Kita lihat Singapura dengan Malaysia, kita hanya ada dua jambatan.
Tuan-tuan puan-puan, Singapura berdominasi seramai 6 juta orang manakala Pulau Pinang hanya 1.6 juta dan termasuk pulau sendiri hanya 750 ribu orang, tetapi sudah ada 2 jambatan, satu perkhidmatan feri.

Apakah logiknya? Macam mana YB buat justifikasi dan rasa desak sangat mahu terowong ini dibina?

Untuk makluman, kapasiti di Jambatan Pertama ketika ini adalah lebih kurang 80 ribu kenderaan sehari dan masih di bawah kapasiti sebenar. Manakala untuk Jambatan Kedua, adalah 16 ribu kenderaan sehari, juga di bawah kapasiti sebenar.

Di samping itu, berdepan lagi perkhidmatan feri yang boleh menampung lebih kurang 20 ribu kenderaan sehari. Oleh sedemikian, keperluan link ketiga di bahagian utara perlu dikaji dengan lebih teliti bagi menentukan keperluan.

Saya ingin menyentuh tentang modal, modal bisnes dalam projek ini. Jumlah nilai projek 6.3 bilion dan syarikat dibayar dengan tanah sebuah 110 ekar tetapi apa yang amat mengejutkan syarikat dibayar penuh dengan tanah 110 ekar lagi dibenarkan perletakan tol di terowong.

Saya tidak nampak ada seorang menteri yang boleh membenarkan satu perjanjian yang begitu berat-sebelah, yang begitu tidak begitu bijak, kecuali Pulau Pinang.

Banyak lagi contoh yang boleh saya menyoal tetapi masa amat terhad, saya bagi floor YB Lim. Terima kasih.

Transcript.

Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut" (PART 2)

Sesi Soal-jawab
Soalan Pertama YB LIANG:

Saya juga pelik kenapa boleh mendabik dada, katakan 305 juta ringgit adalah berpatutan dan munasabah. Beliau kata 3 lebuhraya dengan jumlah jarak 20 km, laporan fisibiliti dan detail design adalah 31 juta. dan 177 juta masing-masing. Untuk bahagian terowong, 20 juta dengan 76 juta lagi. Semua campur sekali 305.
Untuk makluman YB, di negara Kanada, Ketua Menteri bagi Newfoundland pada bulan lepas baru saja ditegur kerana meluluskan laporan fisi study dengan harga 2.4 juta ke atas projek terowong bawah dasar laut, sama, yang mempunyai jarak 17 km, lebih panjang daripada Pulau Pinang. Ianya hanya 2.4 juta ringgit. Pulau Pinang 20 juta.

JAWAPAN YB LIM: "Saya akan jawap. Diam! Fisibiliti study…"

YB LIANG: 

Tuan moderator, izinkan saya cakap sedikit. Kita bincang tadi, masa soalan saya bukan terhad untuk 1 minit, dan sebab yang ada soalan-soalan tertentu yang mungkin saya kena explain sedikit background, baru saya masuk kepada soalan. Tadi itu..

Mengikut carian SSN ke atas syarikat CZBUCG, akaun yang diperoleh pada bulan Ogos, syarikat mencatat revenue sebanyak 51 juta, tapi keuntungan sebelum cukai 61 juta. Mengapakah kos untuk laporan fisibiliti study dan detail design begitu mahal sekali berbanding dengan Kanada dan mengapakah kos laporan untuk terowong hanya 96 juta berbanding dengan 3 lebuhraya?

JAWAPAN YB Lim:
Kos kajian untuk 3 jalan utama adalah 31 juta, iaitu fisibiliti study sahaja dan kos untuk kajian fisibiliti untuk terowong 20 juta sahaja. Ini membawa satu angka 51 juta dan 51 juta adalah 0.9% daripada kos pembinaan 3 lebuhraya dan 1 terowong.
--------------
(Note: Jelas bahawa YB Lim Hock Seng langsung tidak menjawab soalan saya - terutamanya mengapa syarikat CZBUCG mencatat keuntungan yang setinggi itu hanya dengan menjalankan sebahagian daripada laporan-laporan RM305 juta yang diberi oleh Kerajaan Negeri).

Transcript.

Debat "Tiga Lebuhraya dan Terowong Bawah Dasar Laut" (PART 3)

Sesi Soal-jawab

Soalan Pertama YB LIM dan JAWAPAN SAYA:

YB LIM: Saya hendak menanya kepada YB Liang, kerajaan Barisan Nasional yang lama telah meluluskan ribu ekar tanah tebus guna seperti Tanjung Pinang, 1 ribu ekar dengan 1 ringgit sahaja dan tidak disyaratkan, tidak disyaratkan untuk membina apa-apa. Tebus guna lau di Jelutong…

Saya ulang, Tanjung Pinang diberi untuk E&O hanya 1 ringgit 1 kaki persegi sahaja, di mana Pantai Jelutong diberi kepada IJM Land 313 ekar dengan 20 ringgit kaki persegi dan hanya untuk membina Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu 4.7 km panjang sahaja. Begitu juga…

Oh, Ini menunjukkan PENGECUT!

Di mana XXXX (tidak jelas) diberi 1500 ekar termasuk konsesi tol. Bayar 50 sen punya tol, bayar seringgit 50 sen punya tol, bayar seringgit 30 sen punya tol.

Kalau sudah kalah cakap kalah, jangan bising!
Apakah projek-projek Barisan Nasional ini dibuat secara tender terbuka? Ada tender terbuka? Apa penjelasa Barisan Nasional terhadap isu…

------

JAWAPAN SAYA:
Tuan-tuan puan-puan, inilah DAP.
Inilah DAP yang selalu menipu rakyat dengan ceritakan part A tapi tak ceritakan part B.
Tanah yang dituduh kononnya Gerakan jual dengan harga 1 ringgit kaki persegi sebenarnya itu adalah tanah yang diberikan kepada syarikat CZBUCG untuk projek 3 lebuhraya dan terowong. 1 ringgit adalah hak untuk mendapat tanah seluas 940 feet.

Kalau Kerajaan Pulau Pinang mengatakan 240 ekar dipulangkan kepada kerajaan, saya minta YB Lim keluarkan kalkulator, nilai 240 ekar sebenarnya adalah bernilai 13.83 bilion ringgit, campur dengan premium yang kita kutip untuk 940 ekar adalah 40.94 juta ringgit, maka tanah yang kononnya dijual sebenarnya adalah 384 ringgit kaki persegi.

Kenapa tak ceritakan part B? Hanya mengelirukan rakyat dengan part A. Inilah DAP.

--------------

(Note: Jelas bahawa YB Lim Hock Seng terperangkap dengan jawapan saya apabila cuba menggunakan lagi propaganda palsu DAP yang sering diulangi oleh mereka bahawa kerajaan BN Pulau Pinang dahulu telah menjual tanah dengan harga 1 ringgit kepada syarikat E&O.

"Tanah" yang dimaksudkan oleh YB Lim yang kononnya dijual oleh kerajaan BN dahulu sebenarnya projek penambakan laut. Apa yang tidak dijelaskan oleh YB Lim dan pemimpin DAP ialah selain daripada caj RM1 satu kaki persegi (part A), syarikat E&O juga perlu menyerah balik 10% hingga 20% tanah yang siap ditambak kepada kerajaan negeri (part B).

Tanah yang berharga ini adalah tanah yang digunakan oleh kerajaan negeri DAP sebagai bayaran kepada syarikat CZBUCG untuk projek terowong yang berharga RM6.3 billion.

Saya menyeru kepada YB Lim dan pemimpin-pemimpin DAP supaya jangan mengulangi pembohongan ini lagi bahawa kerajaan BN Pulau Pinang dahulu telah menjual tanah dengan harga 1 ringgit dan kerajaan BN telah menjual lebih banyak tanah dan menerima bayaran yang kurang berbanding dengan kerajaan DAP.)


Share this :

Previous
Next Post »