t>

Breaking News

Mana Rizab Selangor Sampai Perlu Pinjam Pusat Utk Selenggara PPR?


SELANGOR TIADA DUIT UNTUK RAKYATNYA

Kenyataan YB Datuk Iskandar Abdul Samad bahawa kerajaan negeri Selangor terpaksa menggunakan peruntukan MARRIS (kerajaan Pusat) untuk menyelenggara pangsapuri kos rendah telah mengundang kemarahan rakyat negeri tersebut.

Tinjauan penulis mendapati bahawa rakyat negeri Selangor hairan ke mana rizab kerajaan negeri berjumlah RM3.2 Billion yang dijana sepanjang pemerintahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. "Setahu saya, rizab Negeri kini berjumlah RM3.95 Billion, takkan untuk membayar kontraktor beberapa juta ringgit pun terpaksa meminta bantuan kerajaan Pusat", demikian soal Faisal bin Mazril yang mendiami rumah kos rendah di sebuah taman perumahan di Jalan Klang Lama, Petaling Jaya.

Sementara itu, seorang pesara, Yeop bin Khamis pula senada dengan kenyataan YB Haniza Talha bahawa peruntukan RM10 juta tidak cukup bagi menyelenggara pangsapuri kos rendah memandangkan saban hari masalah penyelenggaraan, sampah sarap dan wabak penyakit semakin banyak melanda.

"Sebagai seorang pesara, saya kesal memandangkan perkara sebegini tidak pernah terjadi di era pentadbiran Tan Sri Khalid," ujar beliau. Selaku ADUN Taman Medan, YB Haniza Talha (PKR) dianggap melahirkan rasa tidak puas terhadap YB Datuk Iskandar (PAS) yang memegang portfolio perumahan dan kerajaan tempatan Selangor.

Apakah ia bunga-bunga perselisihan dan permulaan perpecahan antara PAS dan PKR di Selangor?

Hazlyn Ismail