t>

Breaking News

Najib, Zahid, Khalid Abu Bakar & Apandi Di Ugut Oleh Militan Daesh.

Ancaman Daesh adalah benar, bukan main-main. Jika korang ada kenalan, keluarga, saudara-mara, rakan baik, adik-beradik yang tiba-tiba berubah perwatakan mereka, pergaulan mereka, sering keluar untuk bertemu dengan orang-orang tertentu, sering ke luar kawasan..baik korang ahti-ahti sikit. Tak pasal-pasal individu tersebut menjadi ahli rekruit DAESH.

Lepas tu dorang juga akan sebarkan agenda-agenda kononnya macam pro Islam kat wassap, facebook dan twitter padahal pro militan. Nak hasut kita agar jadi macam dorang. Berfikiran ektremis..

Tapi aku tak sure sangat samada apa yang berlaku di Balai Polis N9 adalah benar-benar satu ancaman daripada DAESH ataupun sekadar copycat bagi menutup isu 1MDB yang sedang hangat sekarang..

Sebab nama-nama seperti Najib, Zahid, Apandi dan Khalid Abu Bakar ialah nama-nama yang terkait dengan skandal 1MDB. Siasatan separuh masak dan tiada pendakwaan terhadap tindakan Najib bahkan disokong padu pula oleh barisan kepimpinan negara..

Andai kata nama-nama itu benar sekalipun sedang diintai oleh DAESH, tak pasti samada rakyat akan bersimpati dengan mereka ataupun tidak..

Hehe..

Laporan berita ;

Sebuah balai polis di Negeri Sembilan menerima satu sampul surat bertanda "IS Ancaman" yang antara lain mengandungi gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, menurut laporan berita.
China Press berkata gambar-gambar lain dalam surat dua muka yang dialamatkan kepada ketua polis daerah Nilai itu termasuk Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dan Kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi.
Surat itu juga menyatakan terdapat "316 anggota dan empat pakar di Kuala Pilah", "114 anggota dan lapan pakar di Nilai" dan "97 anggota dan dua pakar" di Port Dickson.
Walaupun ia tidak menyebut sama ada ia merujuk kepada bilangan anggota IS di Negeri Sembilan, laporan itu bagaimanapun mendakwa angka itu "menunjukkan kekuatan" mereka kepada pihak polis.
Tiada sebarang penjelasan berkenaan "pakar" yang disebut dalam surat tersebut.
Sementara itu, China Press memetik Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay yang menyatakan perkara itu sedang disiasat.
Beliau berkata polis telah menerima ancaman yang sama kira-kira dua bulan lalu.
Sebelum ini, satu video IS memaparkan seorang rakyat Malaysia yang berasal dari Negeri Sembilan, memberi amaran bahawa pengganas akan menyerang anggota polis.
"Kepada mereka yang berada di bukit-bukit yang aman, ketahuilah kalian tidak lagi akan aman sebentar lagi.
“Kami akan pulang untuk menyerang kalian ataupun sahabat-sahabat kami yang berada di sana, insya-Allah akan memenggal leher-leher kalian,” kata lelaki dalam video itu yang kemudiannya dikenal pasti sebagai Mohd Rafi Udin, yang dipercayai masih berpangkalan di Syria.
Malaysia menyaksikan serangan pertama IS pada akhir bulan Jun apabila bom tangan dilemparkan di sebuah kelab malam di Puchong, yang menyebabkan lapan cedera.
Kejadian berkenaan berlaku kira-kira 2.15 pagi itu ketika pengunjung premis menyaksikan perlawanan kejohanan bola sepak Euro 2016. - Malaysiakini