t>

Breaking News

2 Lagi Universiti Nafi Pernah Beri Ijazah Kepada #AzizanOsman - Kantoi Kaw-Kaw Lagi, Penyokong AO Nak Letak Muka Kat Mane?





Dua lagi universiti tempatan tampil membuat penafian pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada mana-mana individu bernama Azizan Osman lapor Berita Harian. 


Laporan itu menyebut, Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerusi jurucakapnya ketika dihubungi berkata, nama Azizan Osman tidak tersenarai dalam penerima dianugerahkan PhD oleh universiti berkenaan. 

Tambah laporan itu lagi, semakan mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti didakwa. "Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki ijazah PhD dari UKM,".

Turut membuat penafian ialah Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL) yang mengesahkan tidak pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan PhD kepada Azizan Osman. 

"Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman," kata kenyataan IUKL hari ini.