t>

Breaking News

Baitulmaqdis Israel Punya Sepenuhnya Janji Trump Jika Menang.


Calon Republikan Donald Trump berjanji Washington di bawah kepimpinannya akan mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai “ibu negara tidak berbelah bahagi Israel” sekiranya menang pilihan raya presiden nanti, lapor akhbar Israel, Haaretz. 

Trump memberitahu perkara itu selepas menerima kunjungan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu di pejabatnya di Wisma Trump, New York, semalam. 

 Mereka berdua mengadakan perbincangan hampir 90 minit, iaitu lebih lama daripada pertemuan Netanyahu bersama seteru Trump, Hillary Clinton. 

Clinton bagaimanapun biasa bertemu dengan Netanyahu sebelum ini atas kapasiti sebagai setiausaha negara AS. Turut bersama pertemuan dengan Netanyahu semalam ialah penasihat dan menantu Trump, Jared Kushner dan duta Israel ke AS, Ron Dermer. 

Netanyahu berada di New York selepas menghadiri Persidangan Agung PBB, dan mengadakan pertemuan yang dijangka “terakhir” dengan Presiden Barack Obama, yang akan melepaskan jawatannya selepas pilihan raya November ini. “Sebuah pentadbiran Trump akan akhirnya menerima mandat Kongres mengiktiraf Baitul Maddis sebagai ibu negara tidak berbelah bahagi negara Israel,” kata kenyataan pejabat kempen Trump. 

Kenyataan itu turut menyeru rakyat Palestin “mengakhiri kebencian dan keganasan” dan menerima Israel sebagai sebuah negara Yahudi. Kempen Trump juga menjanjikan “kerjasama luar biasa” dalam ketenteraan, teknologi dan perkongsian maklumat antara Washington dan regim Israel sekiranya dipilih presiden. Turut dibincang dalam pertemuan itu ialah dasar mereka terhadap Iran dan juga masalah militan IS. 

Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara oleh Israel tidak diterima kebanyakan negara termasuk AS yang merupakan sekutu kuatnya. 

Washington juga enggan menempatkan kedutaannya di wilayah itu kerana status sempadan masih dipertikaikan. Baitulmaqdis merupakan tempat suci Islam, Kristian, dan Yahudi dan pihak Palestin mahu sebarang perjanjian damai dengan Israel mengakui kedaulatan kota itu.