t>

Breaking News

"Kalau Taknak Saya Dedahkan Awak, Sila Berundur Cara Baik", TMJ Sound FAM.


Selepas menimbulkan tanda tanya dengan pemacu pena (pendrive) yang mengandungi maklumat rahsia hari ini Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim tampil dengan 'teka-teki' baru. 

Katanya beliau "tahu" siapa yang akan menjadi presiden dan setiausaha agung FAM, selain ketua jurulatih kebangsaan yang baru. "Saya tahu tapi buat apa saya nak share (kongsi) dengan penyokong bola sepak tanah air? Pernahkah mereka hargai apa yang saya buat untuk bola sepak tanah air selama ini? "Hanya rakyat Johor saja yang menghargai," katanya pada sidang media dan klip acara itu dimuat naik di Facebook Johor Southern Tigers pagi tadi. 

Tunku Ismail sebelum ini mendakwa beliau memiliki maklumat mengenai salah laku FAM yang tersimpan dalam sebuah pemacu pena. Peranti itu sudah berpindah tangan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kemudian menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lalu. FAM dijadual mengadakan pemilihan pucuk pimpinan baru pada tahun depan selepas menghadapi pelbagai kritikan banyak pihak ekoran prestasi sukan bola sepak negara gagal menyinar. Pemilihan itu segerakan setahun lebih awal daripada jadual asal. 

Mengakui tiada maklumat secara langsung mengenai amalan rasuah - misalnya kewujudan mana-mana syarikat yang meraih keuntungan - dalam pemacu pena itu, Tunku Ismail berkata apa yang terkandung dalam peranti itu lebih bersifat teknikal. Antaranya, kata beliau, amalan pilih kasih, jurulatih tidak profesional dan exco FAM tidak memainkan peranan sepatutnya. Tunku Ismail juga menafikan beliau sengaja mencari alasan untuk mengukum atau menggantung FAM Cakap betul-betul Katanya kalau FAM digantung oleh badan induk bola sepak dunia, terjejaslah peluang pasukannya - JDT - untuk menjulang kejuaraan liga. Sebaliknya kata Tunku Ismail beliau hanya mahu "menasihati" individu tertentu dalam FAM supaya berundur. "Hanya saya tahu siapa - next year (tahun depan) awak berundur. Kalau tak berundur saya dedah semua sekali (salah laku). 

"Kalau tak nak saya dedahkan awak berundur secara baik, kita lantik orang baru (di FAM) yang boleh jalankan tugas," katanya. Tunku Ismail juga berkata beliau tidak mahu liga Malaysia digantung sebaliknya cuma ingin orang tertentu - diistilahkannya sebagai "tidak bertanggungjawab - tiada lagi dalam FAM. 

Tunku Ismail juga melontarkan satu lagi teka-teki. "Saya cakap betul-betul. Awak nak ubah FAM tak boleh, jadi apa caranya? "Awak letak semua orang awak dalam tu. Macam mana saya letak semua orang saya dalam tu tak lama lagi?" tanyanya tanpa memberikan jawapan lanjut. Bagaimanapun beliau berjanji akan "mengawal" bola sepak tanah air dengan "keadilan". 

"Apabila referee adil, referee profesional, badan induk profesional, that's how (begitulah) Johor akan dominte (dominasi) bola sepak tanah air," katanya. Kata beliau pada tahun depan pelantikan jurulatih kebangsaan baru akan dibuat seiring dengan dasar yang baru juga. 

Keadaan itu katanya turut membabitkan jurulatih pasukan junior kebangsaan. "Apabila ada empat posisi ini (presiden, setiausaha agung dan dua jurulatih) majulah bola sepak tanah air," katanya. - MK.