t>

Breaking News

Pihak Penganjur Bertegas Mengatakan Lokasi Kemalangan Kawasan Larangan, Ahli Parlimen Sedia Bantuan Guaman Untuk Keluarga Mangsa.





Semalam menerusi laporan Buletin Utama di TV3, Kementerian Pengajian Tinggi, Idris Jusoh mengarahkan agar satu jawatankuasa siasatan khas ditubuhkan bagi mengenalpasti punca nahas yang melibatkan sukan Go Cart di mana menyebabkan 2 beranak terkorban ketika berlangsungnya penganjuran event EIMRACE 2016, program anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di bawah fakulti Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang.


Ini mengesahkan tanggapan umum bahawanya penganjur enggan bertanggungjawab dan mengakui kesalahan yang akhirnya menyebabkan Kementerian Pengajian Tinggi terpaksa mencadangkan siasatan khas bagi mengenalpasti punca kejadian.

Pihak penganjur juga menegaskan mereka telah mematuhi semua aspek-aspek keselamatan yang ditetapkan bahkan mendapat lesen dari MAM sebelum menganjurkan perlumbaan terbuka tersebut. Sungguh pun bersimpati dengan keluarga mangsa, pihak penganjur enggan mengakui kesalahan berpunca dari pihak mereka.

Sebelum itu menerusi laporan Sinar Harian, penganjur dipetik sebagai berkata, "Kawasan ini (lokasi kejadian) kita telah letak anggota Rela dan kon sebab kawasan ini adalah tempat perlumbaan. "Untuk penonton mereka perlu berada di stadium Sukpa dan kita juga telah maklumkan mengenai perkara itu tetapi kita tidak boleh jangka dan tidak sangka mereka (penonton) masuk juga ke situ", kata Pengarah Perlumbaan Automatif dan Inovasi Pendidikan (EIMRACE), Prof Madya Dr Aminudin Abu dalam mengulas insiden berkenaan.

Walaubagaimanapun kenyataan itu disangkal oleh isteri kepada mangsa kejadian apabila ditemubual oleh pihak wartawan pada semalam. Menurut isteri mangsa sungguhpun ada pegawal di kawasan berhampiran tetapi orang ramai tidak dilarang untuk berada di lokasi nahas. Bahkan sebelum berlakunya nahas, mangsa sempat mengatakan bahawa kawasan tersebut tidak selamat namun tidak sempat beredar sebelum berlakunya kemalangan yang akhirnya menyebabkan mangsa maut serta merta.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh telah bersedia dengan barisan peguam jika keluarga mangsa ingin mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penganjur yang bersikap cuai dalam aspek keselamatan penganjuran sukan Go Cart.

Penganjuran EIMRACE 2016 adalah penganjuran terakhir di kawasan terbuka selepas berlakunya nahas malang itu. Pada tahun seterusnya pihak penganjur bercadang akan menganjurkan di kawasan litar perlumbaan. - Sozcyili.