t>

Breaking News

Projek Menara Warisan Hadapi Masalah.


Projek mega Menara Merdeka PNB 118 bernilai RM5 bilion dilaporkan berdepan dengan beberapa halangan yang boleh mengakibatkan projek berkenaan lambat disiapkan. Memetik sumber, akhbar The Edge melaporkan bahawa terdapat masalah dengan kerja-kerja pembinaan asas yang memerlukan pembaik-pulihan. 

Walau bagaimanapun adalah tidak jelas apa masalah sebenar yang dihadapi projek itu, atau jangka masa yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah berkenaan. 

"Terakhir yang saya dengar, beberapa bulan lalu, isu itu belum diselesaikan," lapor Edge yang memetik sumber korporat. Menurut sumber itu, masalah menanam cerucuk dan kerja pembinaan asasbukan sesuatu yang luar biasa dalam sektor pembinaan. Satu lagi sumber memberitahu akhbar kewangan itu "PNB, kontraktor atau seseorang" perlu membayar kos tambahan yang disebabkan oleh kerja-kerja pemulihan. 

Fasa pertama projek milik Permodalan Nasional Bhd (PNB), termasuk menara 118 tingkat yang bakal menjadi bangunan tertinggi di Asia Tenggara, serta sebuah pusat membeli-belah, dijadualkan siap pada 2020. Jumaat lalu, PNB Merdeka Ventures dalam satu kenyataan media berkata projek berkenaan berjalan lancar mengikut jadual serta bajet yang ditetapkan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020. 

“Sehingga hari ini kerja-kerja asas dan cerucuk menara serta dinding perimeter bagi tempat letak kereta utama menara berkenaan telah pun siap. “Kerja-kerja diafragma dinding untuk tempat letak kereta bahagian bawah sedang berjalan, manakala penggalian dan kerja-kerja cerucuk di kawasan letak kereta telah siap 25 peratus dan 60 peratus. 

“Kerja-kerja persediaan untuk asas bagi raft menara ikonik sedang dijalankan dengan 30 peratus daripada keluli raft bagi mengukuhkan struktur berkenaan telah diletakkan setakat ini. “Kerja penting seterusnya adalah bagi menempatkan konkrit utama yang menjadi asas bagi raft menara berkenaan dijangka dijalankan pada Oktober depan,” kata unit PNB itu. 

Kontraktor projek berkenaan, Pintaras Jaya mensasarkan untuk menyiapkankerja-kerja asas bernilai RM74 juta itu kira-kira setahun, selepas dianugerahkan kontrak pada bulan Mac 2014. Laporan Edge menyatakan bahawa Pintarasa Jaya mengalami kerugian bagi tempoh lima suku terakhir, dan pemfailan mereka Bursa Malaysia memaklumkan mereka menghadapi kos tambahan yang "tidak dijangka" berhubung suatu "projek yang telah disiapkan" pada semakan pendapatan bagi suku ketiga 2016 dan suku keempat 2016. pendapatan . 

Projek menara Merdeka PNB 118 terletak di antara Stadium Merdeka dan Stadium Negara ddengan keluasan 7.6 hektar. Pengkritik berkata bahawa ini adalah suatu pembaziran, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan projek mega itu yang menurutnya mempunyai kesan pengganda ke atas ekonomi dan menjana peluang perniagaan untuk semua kaum.

Menggunakan rekaan oleh firma arkitek dari Australia, Fender Katsalidis Architects, menara setinggi 118 tingkat itu akan menjadi menara tertinggi di Malaysia. - Mkini