t>

Breaking News

Diet Darah Tak Boleh Kuruskan Badan Seseorang - Ini Penjelasan Sainstifik Untuk Anda!

Zaman sekarang ada macam-macam jenis diet yang diperkenalkan demi membantu mengurangkan berat badan terutamanya yang mengalami masalah obesiti ataupun kegemukan. Antara diet-diet yang popular itu, ada sejenis diet yang dikenali sebagai 'blood-type darah atau 'berdiet ikut jenis darah' yakni makan & minum berpandukan jenis-jenis darah seseorang. 
Apakah seseorang boleh kurus mahupun gemuk jika makan makanan berpandukan darah seseorang? Ikut penjelasan di bawah ini ;
Merungkai mitos: Diet ikut jenis darah
Post ini tersebar di media sosial terutamanya di dalam facebook. Berkenaan dgn diet mengikut jenis darah. Dalam post tersebut ada menyatakan orang yg darah jenis O mempunyai darah yg lebih berasid drpd orang yg mempunyai jenis darah yg lain.
Ada beberapa perkara yg kami ingin perbetulkan
1) Keasidan ataupun nilai pH dalam darah tidak bergantung dengan jenis darah. Ini kerana jenis darah seperti O, A, B dan juga AB digunakan dalam mengenal pasti jenis darah yg sesuai ketika mana pemindahan darah dilakukan sahaja. Kerana jika darah yg digunakan itu salah, maka blood transfusion reaction akan berlaku dan ia boleh mengancam nyawa pesakit. Sejarah penemuan jenis darah ABO ini pun dijumpai ketika mana penyelidikkan berkenaan blood transfusion. Tiada langsung ada kaitan permakanan
Tiada sebarang journal ataupun kajian yg betul-betul boleh diterima pakai untuk mengatakan adanya kaitan diet dan juga jenis darah
2) Nilai pH dalam darah darah dikawal rapi oleh sistem dalam badan. Ia terletak diantara pH 7.35-7.45. Jika pH tersebut kurang ataupun terlebih drpd julat itu, sistem badan akan sedaya upaya mengekalkannya pada pH itu. Ini kerana enzim, hormone, struktur sel dan sebagainya memerlukan pH yang sesuai untul bertindak. Jika pH berubah, ia akan mengganggu struktur kompoun tersebut dan menyebabkan ia tidak boleh menjalankan fungsinya.
Organ2 utama utk kawalan pH dalam darah adalah buah pinggang dan juga paru-paru.
Walaubagaimanapun, ada tempat2 dalam badan yg mempunyai pH yg berlainan. Seperti di dalam perut, pH nya boleh capai serendah 3(bersifat asid). Ia bertujuan untuk membunuh bakteria yg masuk ke dalam perut dan juga untuk mengaktifkan enzim2 yg dirembeskan ke dalam perut. Tetapi di dalam usus kecil pula, ia mempunyai pH yg tinggi(bersifat alkali) yg juga bertujuan untuk mengaktifkan enz supata proses pencernaan dpt dilakukan
3) Kopi tidak bersifat asid. Anda boleh guna kertas pH untuk menguji sama ada ia asid ataupun tidak.
Tetapi kopi boleh menyebabkan keasidan di dalam perut bertambah. Ini kerana caffein di dalam kopi boleh meningkatkan penghasilan hormon gastrin di dalam perut. Hormon gastrin pula berfungsi untuk merembeskan asid hydrochloric ke dalam perut. Disebabkan asid semakin meningkat di dalam perut ia boleh menyebabkan masalah yg orang melayu selalu panggil sebagai angin ataupun gastrik. Istilah yg tepatnya adalah gastritis
Tetapi punca gastrik yg paling utama sebenarnya adalah jangkitan bakteria yg bernama Helicobacter Pylori. Bakteria ini akan merosakkan lapisan sel yg melindungi perut drpd hakisan asid. Lapisan sel itu juga berfungsi utk menghasilkan mukus(bendalir) yg digunakan untuk melindungi dinding perut. Disebabkan ianya rosak, maka asid yg terhasil akan menghakis dinding perut dan menyebabkan keradangan.
4) Tiada kajian langsung yg mengatakan adanya kaitan antara permakanan dgn jenis darah yg kita miliki.
Jika anda darah O dan anda nak minum kopi, silakan. Tiada masalah
Sumber : Root of Science.