Mayat Lelaki Bunuh Diri Kerana Tertekan Dengan Kerajaan Malaysia Telah Ditemui.

MAYAT seorang lelaki yang dilaporkan membunuh diri selasa lalu dengan terjun dari jambatan Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah akhirnya berjaya ditemui oleh anggota bomba dan penyelamat jam 9.05 pagi tadi kira-kira satu batu nautika dari tempat mangsa dikatakan terjun.




Komander Operasi Bomba dan Penyelamat, Penguasa Bomba Kanan Dua, Isharuddin Ismail dipetik dalam satu temubual melaporkan, mayat Mohd Sukri Saad, 38 dihantar ke hospital Bakap untuk dibedah siasat.

Mangsa yang sebelum ini dikatakan telah memuat naik status di laman facebook mengenai tindakannya ingin membunuh diri akibat masalah kewangan dan tekanan yang dihadapi rentetan dari pertuduhan kes penyeludupan rokok yang sedang berlangsung di mahkamah.

Kira-kira jam 8.30 malam selasa lalu, pegawai peronda JSAHMS menemui sebuah motosikal jenis modenas bernombor pendaftaran PHM 6667 dan sabuah telefon bimbit milik mangsa ditepi jambatan. - EdisiRakyat.


Share this :

Previous
Next Post »