t>

Breaking News

Ini Info Tentang Skandal Banglo 5.5 Juta Khalid Abu Bakar.

Baru-baru ini Sri Sanjeevan ada membuat dakwaan bahawanya Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mempunyai aset jutaan ringgit.

Ianya adalah sebuah rumah banglo yang bernilai 5.5 juta ringgit nilainya.


Lokasi rumah mewah itu terletak di kawasan Mantin. Ianya adalah hasil hubungan haram Ketua Polis Negara dengan kumpulan tauke-tauke haram dakwa Sanjeevan.

Tidak terhenti disitu. Bahkan Sanjeevan turut membawa dakwaan itu ke SPRM bagi diambil tindakan selanjutnya.



Walaubagaimanapun Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas tentang dakwaan Sanjeevan telah mengelak untuk memberikan sebarang respon.

Ujar Khalid kes itu telah dibawa oleh Pengerusi Mywatch ke SPRM dan biarlah SPRM menyiasat hal tersebut. Dalam pada itu, Khalid turut menyatakan tindakan terbaru Sanjeevan itu adalah langkah terdesaknya disebabkan pelbagai tindakan polis ke atas Sanjeevan berikutan kes peras-ugut tauke judi yang masih dalam siasatan polis.

Sanjeevan bagaimanapun tidak berdiam diri. Malahan masih terus mengasak Khalid. Secara terang-terangan memprovokasi PDRM menerusi laman Twitternya.



Apakah Khalid akan bersabar sedangkan selama ini kita ketahui seorang rakyat biasa yang troll Najib dalam isu Qu Puteh pun disuruh siasat. Apatah lagi jika terang-terang mengatakan Khalid terlibat dalam skandal korupsi!


Dalam pada itu, ini perkembangan susulan berkaitan kes peras ugut Sanjeevan terhadap tauke judi.


Dan sememangnya budaya berjudi telah membarah di Malaysia memandangkan tauke-tauke judi semakin berani beroperasi di mana-mana sahaja seolah-olahnya mempunyai kabel besar untuk menjalankan perniagaan mereka.


Walaubagaimanapun seseorang itu tidaklah bersalah sehingga dijatuhkan hukuman bersalah. Bahkan dalam sesetengah kes, walaupun dah jatuh hukuman bersalah pun belum tentu bersalah juga.

Harap-harap kes ini dapat disiasat dengan adil dan saksama. Supaya rakyat jelas tentang kebenarannya.