t>

Breaking News

Perjuangan Merah Wujud Kerana Mempertahankan Pemimpin Dari Dihina - Luahan Ahli #Merah.

Perjuangan #Merah ini cuma ada satu sahaja rupa2nya. Bukannya demi ABATA ke apa. Rupa2nya dorang sanggup melakukan pelbagai tingkah-laku bangang dan kekerasan kerana marah pemimpin mereka dihina. 
Sedangkan yang dihina itupun bukannya nak peduli nasib rakyat apabila memerintah dengan cara tidak jujur dan korupsi. Hish hish hish. Ada juga manusia bangang macam kumpulan penyokong Merah neh ya.
Baca ;
Topik panas malam ni di kedai makan tadi adalah berkisar mengenai baju merah dgn baju kuning. Kawan aku tanya..hang sokong dak cara yang baju Merah buat tu. Aku jawap..ini bukan sokong atau tak sokong..tapi kita kena sedar yang hanya baju Merah saja yang benar2 serius tampil menangani geng baju Kuning. Jika ada cara lain tolong habaq mai sat lagu mana?
Kita kena ingat..puak baju Kuning dah buat kurang ajar selama 4 kali tanpa ada mana pihak pun yang mampu halang. Cuba ingat balik..apa yang puak baju Kuning ni dah buat? Pukul Polis,rosakkan kereta Polis,pukul wartawan, rosakkan harta benda awam dan paling hina bila depa hina pemimpin kita dengan pelbagai cara yang hina.
Mana maruah kita bila depa hina pemimpin kita sampai tahap macam tu? Mana dia orang UMNO dari golongan yang konon2nya cerdik berintelek lagi rasional ketika itu? La ni bila geng baju Merah bertindak menghalang dan melawan geng baju Kuning..ada yang dok kata itu cara tak betul la..tak sesuai la..bagi imej buruk la.
Hey..masa puak baju Kuning perlekehkan imej parti kita dengan menghina pemimpin2 dan ulama kita..awat hangpa takmai tampil halang atau bagi solusi yg betul2 berkesan serta tak memberi imej yg buruk? Masa tu pakat dok peluk tubuh kemudian garu teloq sambil update status dalam FB kutuk apa yg baju Kuning dah buat. Berkesan ka cara tu? Puak baju Kuning respect ka bila hangpa buat lagu tu? Haram puak baju Kuning tu tak respect atau berhenti pun. Malah depa lebih galak hina kita.
Sekarang ni geng baju Kuning nak berhimpun sekali lagi buat kali KELIMA! Apakah ada jaminan dari puak baju Kuning ni takkan bersikap kurang ajar macam dulu? Ada ka depa janji takkan hina pemimpin2 kita lagi seperti sebelum ini?
Jadi bila pihak baju Merah tampil ke depan untuk menghalang puak baju Kuning yang terkenal dengan sikap biadap itu..maka kita sepatutnya bersyukur kerana ada pihak yang berani tampil untuk halang puak kurang ajar ini. Tak kira la sapa yang lead baju Merah ni. Dato Jamal Yunos ka..Jamal Abdillah ka atau Jamaliah sekalipun..kita tetap kena sokong. Sekurang2nya berlaku beberapa kali puak baju Kuning lari bila geng baju Merah datang. Maknanya berkesan la kan? Jadi sekarang ini kita (baca : orang BN) semua WAJIB berdiri teguh bersama2 dgn geng baju Merah..kita lawan baju Kuning.
Selagi baju Kuning mahu berhimpun..selagi itulah kita lawan. Rulenya mudah saja. Tak ada baju Kuning takkan ada baju Merah. Bab orang Cina marah kat baju Merah ni..arghhhh marah pi la. Kuning buat kurang ajaq selama ni awat depa tak marah? Merah bukan lawan org Cina..Merah lawan puak bangsat baju Kuning saja. Kebetulan kebanyakan geng baju Kuning terdiri daripada Cina DAP. Jadi Cina MCA atau Gerakan tak perlu bimbang dgn geng baju Merah. Geng Merah bukannya nak buat penghapusan etnik atau mahu memusuhi orang Cina.
Geng Merah hanya menentang geng baju Kuning saja..tak kira la org Melayu atau Cina hatta Kadazan Dusun mahupun Iban sekalipun..sekiranya join geng baju Kuning memang wajib dilawan! Jika Mahathir sekalipun yang join geng baju Kuning..lawan tetap lawan!!! Lawan sampai menang!!!