t>

Breaking News

KJ Nak Letak Jawatan? Mukhriz Tipu Kata UMNO Kedah - Tetapi KJ Tak Nafi-Nafi Sampai Sekarang Kenapa?

Datuk Seri Mukhriz Mahathir berbohong apabila mendakwa Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hilang keyakinan terhadap perdana menteri dan mahu meletakkan jawatan, kata ketua Pemuda Umno Kedah lapor Free Malaysia Today hari ini. 

 
Laporan itu menyebut, Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata “pembohongan” Mukhriz hanya sebahagian daripada “taktik kotor” untuk meraih sokongan parti politik baru, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Sebelum ini, Mukhriz berkata Khairy merancang untuk meletak jawatannya sebagai menteri belia dan sukan tahun lepas kerana tidak lagi mempunyai keyakinan terhadap Datuk Seri Najib Razak berikutan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 

Mukhriz turut mendakwa Khairy hanya membatalkan rancangannya selepas dipujuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Shaiful bagaimanapun berkata Mukhriz tidak mempunyai hak membuat dakwaan itu kerana beliau tidak lagi menjadi menteri besar Kedah atau pun ahli Umno. Jika dakwaannya benar, Shaiful berkata, maka beliau sudah pasti memperkatakan tentangnya ketika masih bersama parti. 

“Ia hanya membuktikan Mukhriz tidak mempunyai prinsip,” kata Saiful. Shaiful berkata Mukhriz bersikap kebudak-budakan, membalas dendam terhadap Khairy yang ketika Perhimpunan Agung Umno minggu lalu, menyerang ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad. 

“Saya fikir Mukhriz cuba mengelirukan penyokong sendiri dengan mewujudkan gambaran Umno tidak lagi kuat, (tetapi) ia sebaliknya. 

“Umno kini lebih kuat, kerana kita menyingkir mereka yang tidak boleh bekerja sebagai satu pasukan dalam parti,” kata Shaiful lagi. - Sozcyilli.