t>

Breaking News

Kumpulan WhatsApp Ibu Bapa Menyusahkan Kata Guru - Mak Bapa Pun Bodoh-Bodoh Tanya Soalan Mengarut, Kenapa?

Oleh : Mim Alif Mim Yaa (Shahrul Fazlina)

Cikgu bukan orang gaji. Cikgu pun nak ada masa dengan suami dan anak-anak, cukuplah hanya di sekolah nak kena entertain anak2 kita yang 40 orang 40 ragam 40 tabiat. Itu baru 1 kelas. Kat rumah pun dia kena entertain parent dalam whatsApp group 80 orang mak bapak, soalan nonsense2 bagi kat cikgu. 

Semua cikgu mata pelajaran nak di suruh masuk dalam group whatsApp untuk update homework apa yang ada hari tu, katanya tugas cikgu. Suruh ingatkan anak minum air masak banyak2 katenya tugas guru. Tupperware hilang pun suruh cikgu cari. Kopiah tertukar pun suruh cikgu cari. Semua tu tugas cikgu. Banyak nau tugas cikgu. Tak kira OT pulak tu.

Ni nak tanya.. 

Tugas parent ape ye???????

Jangan jadi diva.

Checklah buku anak satu satu ade homework ke tak de. Kalau ko tanye dia memang takde memanjang pun nak salahkan cikgu ke. Tulisan anak ko tak boleh baca pun nak salahkan cikgu ke. Kenapa tak salah kan tok batin ke ketua kampung ke. JKKK Flat Seri Wangi ke Mark Zulkerberg ke.

Yang ade anak alert memang rezeki dia tak yah suruh terus buat. Yang anak kene ketuk baru jalan tu mak ayah kene lah gigih .Jangan dok tuding kat cikgu je.

Mami marah ni. Berombak-berombak dah dada tahan geram.

Kata kunci: Mak bapak diva Insya Allah anak pun diva. Tidak percaye? Trylah jadi diva.

Eh kejap. Mami bukan cikgu.

Ingat ye... Nak ilmu anak2 berkat..berjaya dunia akhirat. Doa guru tu perlu..

Ajar anak independence boleh tak? Boleh ke boleh??

Lempang nak??

Ini pula antara soalan-soalan yang turut ditulis oleh seorang ibu bernama Ashikin Hashim, iaitu soalan yang jangan sama sekali tanya di dalam group kelas anak


6 Soalan Jangan Dalam Grup Whatsapp Kelas Anak

1. Jangan iklan perniagaan sendiri mahu pun orang lain di dalam grup. Itu grup untuk makluman sekolah dan kelas sahaja.

2. Jangan beri arahan macam-macam kepada guru seperti tengokkan anak saya, tolong tengokkan dia bawa buku ke tak, etc.. - pm tepi jika perlu pertolongan.

3. Jangan menerjah grup jika berlaku kes tidak diingini seperti kita menyangka ada kes buli dalam kelas. Kita pun tanya dalam grup macam-macam. Sila PM tepi. Serah pada guru untuk buat siasatan. Bukan tindakan sendiri.

4. Jangan mengharap cikgu balas atau respon secepat mungkin. Cikgu banyak kerja di sekolah. Nak layan 30 - 40 budak dalam satu kelas. Beri cikgu masa.

5. Jangan overshadow cikgu. Cikgu belum jawab, dia jawab dulu. Sekali salag lah pulak jawapan tu hehe. Kalau nak tolong respon biarlah secara berhemah - Saya tolong jawabkan untuk cikgu ya.

6. Jangan buat grup macam grup jiran tetangga atau grup mesyuarat tingkap jiran belakang. Ini grup formal. Tak semua ibu bapa di situ kita kenal.

Mak Pengetua pening tau grup whatsapp anak ada 6 rau kalau semua ada grup. 3 anak darab 2 - sekolah pagi dan petang.

Apa-apa pun, di mana pun, bila-bila masa pun, berakhlaq dengan semua orang. Akhlaq dijunjung budi disanjung.

Mak pak dalam grup tu bukan semua kita kenal. Jadi berbudilah dalam berbicara. Berhati-hatilah dalam tingkah dan kata.

Sekian.