"Maggie Cup Itu Mahal, Acik Tinggal RM5 Je Untuk Bertahan Sampai Gaji Keluar" - Luahan Rakyat Yang Berpendapatan Rendah..

Oleh : Ashraff Khan.
 
Here the story and kisah benar. Tengah hari tadi masa nak balik rehat, abang singgah isi minyak motor di BHP Mutiara Damansara. Dalam perjalanan itu ada Petronas, tetapi entah kenapa hati dan fikiran tetap nak ke BHP.

Percaturan Tuhan itu cantik dan tepat

Sampai di BHP, abang terus ke kaunter buat bayaran. Ada seorang makcik ini, masuk dengan perlahan dan sedikit mengensot. Abang perhatikan saja dari luar.

Makcik itu mundar mandir dalam kedai, tengok roti, tengok keropok, tengok maggi, kemudian letak balik. Akhir sekali dia ambil air mineral 500ml ke kaunter dan keluar duit RM5 untuk buat bayaran. Kemudian di keluar menuju ke bawah pokok di sebelah BHP. 

Hati sudah tergerak nak mengetahui apakah dia sudah makan atau belum? Kenapa dia letak balik maggi cup tadi? Lalu abang bertanya pada salah seorang pekerja BHP, apakah dia mengenali makcik itu tadi. Katanya kenal dan makcik itu kadang-kadang beli air mineral di sini. 

Okey, let's go! 

Abang cari dia, rezeki abang jumpa dia terus bagi salam. 

"Assalamualaikum makcik. Saya nak tanya, tadi makcik di BHP pegang maggi cup itu, kenapa letak balik? Makcik dah makan ke belum?" 

"Waalaikumussalam. Oh, maggi itu mahal untuk makan hari ini. Acik tinggal RM5 saja untuk buat bertahan sampai gaji keluar," jawabnya. 

Allah, terus abang rasa kosong sekejap di keliling ini. Hari Jumaat pula tu. 

"Okey macam ini, makcik boleh jalan balik ke BHP tadi tak? Saya jumpa makcik di sana, boleh?"
 
"Boleh, tak jauh, cuma seberang jalan saja," dia akur. 

Sampai di BHP tadi, abang minta dia ambil sahaja apa yang dia mahu makan, tak kisah apa pun. Tetapi dia cuma ambil maggi cup tadi, air oren dan dua wafer bread Gardenia. Dia kata, cukuplah untuk hari ini. Alhamdulillah, abang sempat tanya sedikit tentang latar belakang dia. 


Nama dia Azizah, berasal dari Langkawi. Sudah berkahwin dan ada anak-anak di Langkawi. Dulu tinggal di Penchala bersama suami, tetapi kini tinggal bersendirian di Kota Damansara menyewa bilik bersama pekerja Indonesia dan Madura. Sewa bilik beliau sebulan RM150. Beliau bekerja sebagai tukang sapu di jalanan di kawasan Mutiara Damansara dengan gaji RM700 sebulan. 

Suami? Kini telah meninggalkannya gantung tak bertali setelah mendapat hasil jualan tanah pusaka di kampung. Dulu, Azizah dan suami pernah masuk program Bersamamu, TV3. 

Sebelum balik, sempat salam cedok dengan Azizah.

"Sedekah saya hari Jumaat buat akak ye. InshaAllah saya akan jumpa akak lagi untuk serahkan barang dapur." 

Apa yang buat abang tak boleh tahan dan terpaksa beransur apabila Azizah makan maggi sambil menangis dan menangis. Allah, terima kasih kerana memilih hambaMu ini untuk membantu mereka yang memerlukan. InshaAllah selagi mampu dan ada daya, abang akan terus membantu. 

Ramai mereka di luar sana yang hebat-hebat abang kenal buat kerja kebajikan. Teruskan usaha dan kerja kebajikan kalian because you are the choosen one by god. InshaAllah.

Kak Azizah, maggi itu tak mahal kak. Saya bayarkan untuk akak.

Share this :

Previous
Next Post »