t>

Breaking News

Penggantungan Annuar Musa Membuktikan Dakwaan Salah Laku - TMJ Buat Video 'Angkat Kening' Sindir Annuar Musa..

Oleh : Syed Saddiq


1) Saya telah membuat laporan polis mengenai isu ini pada 12 Januari 2017, mengenai tindakan Tan Sri Annuar Musa yang menggunakan wang MARA/UNIKL untuk menaja pasukan The Red Warriors. 

Conflict of interest/Pertindihan kepentingan. Jangan kerana kecuaian dalam mentadbir skuad TRW yang saya hormati, kita "bail out" pasukan tersebut kerana kegagalan sendiri. Jangan gadaikan masa depan anak melayu yang tidak berkemampuan kerana kegagalan sendiri. 

2) Dengan penggantungan Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad menunjukkan ada betul nya laporan polis saya berkenaan ni. Kepada pihak yang mengatakan saya menfitnah, fikir fikirkan lah semula

3) Tindakan daripada MARA telah pun diambil menunjukkan siasatan daripada peringkat dalam telah pun bermula lalu memutuskan penggantungan terhadap Tan Sri Annuar Musa bagaimana pula perkembangan terkini daripada pihak SPRM dan PDRM diatas laporan polis yang telahpun dibuat supaya kes ini disiasat? 

4) Saya mengucapkan tahniah kepada Ahli Majlis MARA diatas tindakan yang diambil. Saya juga berharap DS Ismail Sabri tidak mempertahankan rakan seperjuangannya. Do the right thing sir! 

5) DS ismail sabri merupakan individu yang terawal berani menegur teman seperjuangannya mengenai penyalahgunaan dana MARA dan UniKL 

6) Ini jelas menunjukkan bahawa pegawai-pegawai MARA tidak mengambil kes ini secara ringan. MARA ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu anak anak Melayu yang tidak bernasib baik. 

Jangan sesekali membenarkan pihak pihak yang tidak bertanggungjawab merosakkan tujuan murni ini daripada tercapai demi kepentingan peribadi pihak pihak tertentu. 

I was a student of MARA. My brothers were students of MARA. My sister was a student of MARA. My mum was a student of MARA My whole familiy is where we are today because of MARA. 

We will defend it from crooks until our final breathe. 

---------

Dalam perkembangan yang lain, selepas beberapa jam dilaporkan pengantungan Annuar Musa sebagai Pengerusi MARA dan MARA Investment, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah memuatnaik satu video yang menunjukkan aksi mengangkat kening.

Netizens beranggapan video berkenaan ialah sebagai satu bentuk sindiran kepada Annuar Musa yang digantung tugasnya serta-merta dari MARA memandangkan isu pecah amanah yang membabitkan intergriti Annuar Musa didedahkan oleh Tunku Ismail.

Sebelum ini Tunku Ismail mempersoalkan mengapa MARA dan UNIKL menggunakan wang institusi terbabit untuk menaja The Red Warriors (TRW) di saat pelajar bergelut dengan pemotongan biasiswa dan kenaikan kos sara hidup sedangkan seorang Pengerusi sepatutnya mengutamakan wang-wang tersebut untuk tujuan pendidikan terlebih dahulu berbanding pelaburan bukan pendidikan. - Sozcyili.