t>

Breaking News

Peserta Motivasi Kuantan Berbogel Di Kawasan Terbuka Kerana Bermain Permainan 'All Out'.

Semalam beberapa portal online melaporkan seramai 48 individu ditahan kerana terlibat program motivasi yang melibatkan aksi berbogel di kawasan terbuka anjuran sebuah syarikat di padang permainan di salah sebuah pusat peranginan di Kuantan.

Peserta Motivasi Berbogel Di Kuantan

Kem Motivasi

Sebanyak 39 daripadanya merupakan peserta program yang terdiri daripada lelaki berusia antara 19 hingga 23 tahun.

Sementara baki sembilan individu yang ditahan merupakan wakil syarikat terbabit.

Daripada 39 peserta terlibat, 23 daripadanya dipercayai pelajar.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata polis bertindak menyerbu selepas menerima panggilan daripada orang awam.

"Selepas menerima laporan, kita membuat intipan dan mendapati mereka melakukan aktiviti itu di kawasan padang dalam pusat peranginan terbabit", katanya seperti dipetik dalam Awani.

Menurut Ketua Polis Daedah Bentong, peserta-peserta motivasi yang berbogel adalah disebabkan terlibat dalam permainan All Out. Permainan itu mengkehendaki peserta membuat garisan panjang menggunakan peralatan yang terdapat di badan masing-masing. - Sozcyili.