t>

Breaking News

10 Jalanraya Yang Anda Tidak Ingin Memandu Di Atasnya - Bahagian Pertama.

10 Jalanraya yang anda langsung tiada keinginan untuk memandu atasnya, percayalah!

1. Passage De Gois, yang terletak di Perancis

Passage du Gois adalah causeway submersible di Teluk Bourgneuf, ia menghubungkan pulau Noirmoutier ke daratan utama di Vendée, Perancis.


Passage De Gois

Dahulunya untuk ke pulau Noirmoutier hanya dapat diakses menggunakan laluan air - perahu. Selepas berlakunya endapan lumpur di Teluk Bourgneuf, kerajaan mula melakukan tambakan batu bagi membentuk jalanraya pada abad ke 18 sehingga boleh dilalui oleh kenderaan seperti kereta.

Tetapi, apa yang bahayanya dengan laluan sepanjang 4.3 kilometer ini? Laluan yang lurus sudah tentu dilihat selamat pada pandangan mata kasar, namun anda sebenarnya terpedaya dengan bentuknya.

Hakikatnya jalan ini tidak seselamat seperti sangkaan anda kerana kebanyakan masa jalan di atas menjadi ini;




Eh, mane jalan tadi?

Dua kali sehari, selama satu atau dua jam, ketika air surut jalan tersebut akan kelihatan untuk dilalui pelancong dan orang awam. Meskipun waktu pasang-surut air telah dinyatakan menerusi satu papan kenyataan namun masih terdapat orang yang terperangkap ketika melalui jalan tersebut dan jika gagal menyelamatkan diri, ya, ianya berbahaya ke atas nyawa anda! Bagi tujuan keselamatan, kerajaan telah mendirikan beberapa menara, jika ada yang terperangkap mereka boleh menaiki menara tersebut dan menunggu air surut untuk pulang kembali.

Tapi bukan itu sahaja halangan yang anda tempuhi, memandu di jalan ini juga tidak mudah memandangkan keadaan jalan yang basah dan terkadang terperangkap dengan rumpai laut yang membuatkan seperti memandu di atas ais batu.



2. Patiopoulo-Perdikaki Road yang terletak di Greece.


Jalan ini sepanjang 23.5 kilometer dan terletak di laluan berbukit. Ia menyambungkan Potiopoulo dan Perdikaki di Greece seperti mana nama jalannya. Bahayanya laluan sehala ini tidak semata-mata ia terletak di kawasan berbukit sebaliknya kerana lubang-lubang yang terdapat di sepanjang jalan. Tiada papan tanda, tiada lampu, tiada arah dan amaran keselamatan, sesiapa sahaja boleh terbabas, kemalangan dan maut di jalan ini dengan mudah.



Malangnya kerajaan tidak mampu menghalang orang awam dari menggunakan laluan tersebut. Setiap hari ia dilalui oleh haiwan-haiwan belaan (lembu), lori, kereta, bas dan penjalan kaki untuk menuju ke destinasi mereka. 

Kerap kali terjadinya kemalangan di waktu malam disebabkan tahap pengcahayaan yang rendah ditambah dengan laluan yang sempit dan tiada penghadang. 

3. Luxor - Al-Hurghada Road yang terletak di Mesir.


Menghubungkan kota kuno Luxor dan laut merah Harghada di Mesir. Laut Merah yang berada di Harghada menjadi tumpuan bagi pencinta aktiviti dalam air, scuba diver. 

Ketidakselamatan jalanraya tersebut tidak terletak ke atas jalan itu sendiri sebaliknya disebabkan laluan itu seringkali menjadi tapak untuk kumpulan lanun melakukan rompakan ke atas pemandu. 

Memandu di jalanraya itu juga mencabar disebabkan sepanjang laluan tiada 'sesuatu' yang boleh diharapkan jika kereta anda secara tiba-tiba rosak di pertengahan jalan.


Sesetengahnya cuba memandu tanpa menggunakan lampu pada waktu malam bagi mengelak diserang oleh lanun bersenjata yang bersedia menunggu masa namun berakhir dengan kemalangan. 

Dan kalau pun pemandu terselamat dari serangan lanun belum tentu selamat dari ancaman terroris. Ini kerana laluan tersebut turut menjadi markas untuk terroris melakukan serangan ke atas pelancong. Ia mula menjadi kontroversi apabila pada tahun 1997, 17 November kumpulan terroris telah menembak bunuh 62 pelancong German. Sungguh pun Mesir telah menambahbaik laluan tersebut namun apabila memandu pada waktu malam, pemandu Mesir masih tidak membuka lampu kenderaan atas faktor keselamatan disamping menempuhi laluan yang berdebu mereka juga akan memakai kaca-mata yang boleh melihat malam tanpa sokongan lampu.

4. Taroko Gorge Road, Taiwan.


Taroko bermaksud "megah dan indah" dalam bahasa Truku, suku Orang Asli yang tinggal di kawasan itu. Ia mula dibina sebahagian dari laluan lebuhraya bagi tujuan pelancongan ke Taman Negara yang terkenal iaitu Taroko National Park. Laluan yang merentasi pergunungan sepanjang 19 kilometer itu pula digelar sebagai Taroko Gorge Road.

Bagi menjaga alam sekitar dan keindahan kawasan sekitarnya, Taiwan tidak memusnahkan bukit bukau sebaliknya mengekalkan keaslian semulajadi termasuklah gaungan dan hutan hujan yang terdapat disekitarnya semasa membina laluan tersebut.







Bahayanya laluan ini kerana selekoh yang tajam dan tanpa sistem pengcahayaan. Sungguhpun dilengkapi dengan pagar konkrit laluan tersebut masih lagi berbahaya kerana laluannya yang sempit dan mungkin tanpa tersangka anda akan dihempap dengan batu-batuan pula. 

Pada tahun 2010, seorang pelancong China terbunuh apabila batuan dari gunung jatuh menimpanya sehingga maut. Kejadian malang itu berlaku walaupun kerajaan Taiwan telah mengambil langkah-langkah keselamatan seperti memakai helmet, mengalihkan batuan yang berisiko dan meletakkan papan tanda amaran di kawasan yang berisiko. 

Selain itu, laluan ini juga sering diancam tanah runtuh berikutan kekerapan hujan dan gegaran.

5. Skippers Canyon Road, New Zealand.

Ia adalah jalan yang sangat sempit dan berangin. Walaupun sempit jalan ini bukanlah jalan sehala! Yea, anda membaca dengan betul, ia bukan jalan sehala. Jadi boleh bayangkan jika tiba-tiba ada kenderaan dari arah bertentangan datang ke arah anda, bukan?

Kira-kira 22 kilometer panjang dan terletak di bahagian utara Queenstown. Laluan ini curam dan mempunyai selekoh yang tajam tanpa papan tanda amaran untuk mengingatkan anda tentang curam atau selekoh di hadapan, juga tiada sebarang sistem pengcahayaan dan 'bebas' dari sebarang penghadang jalan. Malahan syarikat insurans juga tidak 'cover' laluan ini jika berlakunya kemalangan disini. Anda tahu apa maksudnya apabila syarikat insurans pun tak sanggup tanggung risiko, kan?




Bayangkan ketika memandu, ini berlaku.



Artikel ini akan bersambung ke bahagian kedua. 

Sumber rujukan, gambar dan maklumat : The Richest, Dangerousroad.org

Diterjemahkan oleh Sozcyili untuk versi bahasa Malaysia.